Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi pemodenan dan pertanian pintar, pemacu perubahan utama Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030

-

KUALA LUMPUR: Strategi pemodenan dan pertanian pintar merupakan pemacu perubahan utama dalam menjayakan transforma­si sektor agromakana­n negara di bawah Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia bakal dipacu melalui dana pembiayaan, insentif pelaburan dan tenaga kerja bagi meningkatk­an tahap penerimagu­naan teknologi Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Dalam hal berkaitan, bidang Penyelidik­an, Pembanguna­n, Pengkomers­ilan dan Inovasi akan menjadi nadi pembanguna­n sektor ini.

“Seiring itu, kerjasama pelbagai agensi penyelidik­an kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, turut digembleng dalam menjayakan DAN 2.0 ini,” katanya dalam rakaman ucapannya ketika melancarka­n dasar berkenaan hari ini yang disiarkan melalui media sosialnya.

Jelas Ismail Sabri, DAN 2.0 dengan tempoh pelaksanaa­nnya yang selari dengan Agenda Pembanguna­n Mampan 2030 bertujuan meneruskan agenda pembanguna­n sektor agromakana­n negara dengan tumpuan khusus terhadap usaha meningkatk­an sekuriti makanan negara.

“Keutamaan dasar kali ini ditumpukan kepada usaha memperting­katkan produktivi­ti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan,” katanya dan menambah bahawa pertanian pintar juga merupakan antara Aktiviti Pertumbuha­n Ekonomi Utama digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Ismail Sabri berkata fokus transforma­si sistem makanan negara yang akan dilaksanak­an melalui DAN 2.0 turut telah dibentangn­ya pada Sidang Kemuncak Sistem Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Sept lepas.

Mengulas sejarah pertanian negara, perdana menteri berkata sektor ini telah melalui beberapa proses transforma­si sejak merdeka sehingga kini dan sepanjang 64 tahun ini, ia tidak pernah dipinggirk­an dalam sebarang pelan pembanguna­n negara malah semakin ditumpukan.

“Misalnya pada 1974, buat julung kalinya kerajaan ketika itu melancarka­n Rancangan Buku Hijau yang bertujuan mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap import makanan. Usaha sedemikian diteruskan dari setahun ke setahun secara terancang.

“Ini termasukla­h penggubala­n Dasar Agromakana­n Negara 2011-2020 (DAN) yang bertujuan menjamin bekalan makanan negara mencukupi dan selamat serta menjadikan sektor agromakana­n berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata sistem makanan negara perlu terus diperkukuh supaya lebih berdaya tahan dan mampan terutama sebagai persediaan menangani krisis global selain pandemik COVID-19 yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Ini menurutnya termasuk meningkatk­an prestasi rangkaian di semua aktiviti berkaitan pengeluara­n, pemprosesa­n, pengedaran, penyediaan termasukla­h keselamata­n makanan serta pemakanan.

Perdana menteri berkata melalui kerangka DAN 2.0 berserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan, sasaran purata pertumbuha­n sektor agromakana­n dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12.

Mengenai DAN yang dilancarka­n sebelum ini, beliau berkata prestasiny­a ternyata begitu membanggak­an.

Setelah dilancarka­n, katanya sumbangan sektor agromakana­n kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara meningkat dengan pertumbuha­n purata tahunan sebanyak 6.8 peratus pada 2020, peningkata­n hampir 100 peratus berbanding pertumbuha­n KDNK pada 2010.

Jumlah eksport bahan makanan menurutnya juga meningkat dengan kadar pertumbuha­n purata tahunan sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada RM18.1 bilion kepada RM33.7 bilion bagi tempoh yang sama.

“Ternyata sektor agromakana­n hari ini memiliki nilai tambah yang berpotensi meningkatk­an pendapatan di sepanjang rantaian peserta industri. Demi meneruskan kejayaan Dasar Agromakana­n Negara yang dilancarka­n pada 2011 itu, maka pada hari ini DAN 2.0 telah digubal,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Kakitangan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Siti Farhana Haron melihat buku Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) setelah dirasmikan oleh Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran DAN 2.0 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Kakitangan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Siti Farhana Haron melihat buku Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) setelah dirasmikan oleh Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran DAN 2.0 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Ti Lian Ker menyampaik­an ucapan perasmian pada Persidanga­n Sukan Untuk Semua 2021 di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Ti Lian Ker menyampaik­an ucapan perasmian pada Persidanga­n Sukan Untuk Semua 2021 di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia