Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal kargo terbakar lepaskan gas beracun luar pantai Kanada

-

MONTREAL: Pengawal pantai Kanada telah memindahka­n 16 orang dari sebuah kapal kontena yang terbakar yang telah mengeluark­an gas beracun di luar pantai Pasifik di Kanada, namun tiada risiko keselamata­n kepada mereka di pantai, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Zim Kingston telah ditunda keluar dari bandar Victoria di British Columbia, di Selat Juan de Fuca yang menandakan sempadan maritim antara Kanada dan Amerika Syarikat, menurut kepada laman pengesanan marin MarineTraf­fic.

Ia dalam perjalanan ke Vancouver ketika kebakaran dilaporkan kepada pengawal pantai kira-kira jam 11 malam waktu tempatan Sabtu lepas, lapor CBC News.

“Kapal itu sedang terbakar dan mengeluark­an gas beracun,” menurut pengawal pantai Kanada dalam amaran navigasi dalam laman sesawangny­a.

Kemudian kenyataan

Twitter pengawal pantai menyatakan 16 orang telah dipindahka­n dari Zim Kingston selepas kebakaran melibatkan sepuluh kontena.

Kebakaran masih menjadi kejadian dinamik dan satu pos kerahan insiden dibentuk bagi menguruska­n situasi, menurut kenyataan tersebut awal kelmarin, sambil menambah bahawa responden telah dikerahkan bagi menangani kebakaran dan mengesan kontena yang terkeluar dari kapal pada Jumaat lepas.

“Baru-baru ini tiada risiko keselamata­n terhadap orang yang berada di pantai, bagaimanap­un situasi akan terus diawasi,” menurut ciapan tersebut.

Pengawal pantai kelmarin menyatakan sebuah zon kecemasan di sekitar kapal telah diperluask­an sehingga dua batu nautika, lebih satu batu pada hari sebelumnya.

“Disebabkan keadaan bahan kimia yang berada di atas kapal kontena mengarahka­n air secara terus ke arah kebakaran tidak dapat dilakukan,” menurutnya, sambil menambah sebaliknya bot tunda menyembur air sejuk ke haluan kapal.

Bagaimanap­un, kemudian, pengurus kapal Danaos Shipping menyatakan satu kenyataan bahawa insiden itu berpunca daripada cuaca ekstrem dan kebakaran telah terkawal.

“Tiada kecederaan dilaporkan.

“Kebakaran kelihatan telah dikawal dan DANAOS telah mengarahka­n Agensi Memadam Kebakaran dan Menyelamat untuk naik ke atas kapal bagi memastikan keadaan sebagai sesuai untuk anak kapal tersebut kembali dengan selamat,” tambah syarikat berkenaan.

Pihak pengawal pantai menyatakan kapal itu membawa lebih 52,000 kilogram bahan kimia dalam dua daripada sepuluh kontena yang telah terbakar, meneurut kepada CBC News. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBAHAYA: Gambar serahan Pengawal Pantai Kanada bertarikh 24 Oktober 2021 kelihatan asap keluar dari tepi kapal kontena Zim Kingston.
— Gambar AFP BERBAHAYA: Gambar serahan Pengawal Pantai Kanada bertarikh 24 Oktober 2021 kelihatan asap keluar dari tepi kapal kontena Zim Kingston.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia