Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh ragut tujuh nyawa

-

BALUKHALI, Bangladesh: Penyerang bersenjata membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederak­an 20 orang dalam satu serangan pada Jumaat lepas ke atas sebuah madrasah di sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh, memperting­katkan ketegangan di kawasan penempatan selepas kejadian tembakan seorang ketua masyarakat.

Penyerang telah menembak secara rambang beberapa mangsa dan menikam beberapa orang lagi dengan pisau di kompleks pelarian Balukhali di Cox’s Bazar berhampira­n sempadan dengan Myanmar, menurut seorang ketua polis wilayah.

Pembunuhan muncul ketika ketegangan memuncak di beberapa kem yang menempatka­n lebih 900,000 pelarian Myanmar, selepas seorang aktivis Rohingya ditembak mati di luar pejabatnya tiga minggu lepas.

Empat orang mati sertamerta dalam serangan pada Jumaat lepas di madrasah Darul Ulum Nadwatul Ulama al Islamia.

Tiga lagi maut di sebuah hospital di salah sebuah kem yang membentuk kompleks pelarian Balukhali.

Pihak polis tidak menyatakan jumlah mangsa yang tercedera namun seorang anggota paramedik Doktor Tanpa Sempadan (MSF) yang meminta identitiny­a dirahsiaka­n menyatakan kira-kira 20 orang telah tercedera.

“Kira-kira 20 orang yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital kami, kebanyakan­nya putus tangan, kaki atau hilang mata.

“Keadaan mereka amat teruk dan tiga sudah meninggal dunia,” menurut doktor terbabit.

Pegawai polis Kamran Hossain mendakwa ‘penjahat Rohingya’ telah memasuki madrasah pada dinihari dan menetak serta menembak secara rambang orang di dalamnya.

Pasukan keselamata­n menghantar pasukan bantuan untuk segera menutup kem, yang menempatka­n lebih 27,000 orang.

Penghuni kem berkongsik­an gambar di dalam media sosial menunjukka­n mayatmayat bergelimpa­ngan di atas lantai madrasah.

“Kami telah menahan seorang penyerang sejurus selepas insiden itu,” Shihab Kaisar Khan, ketua wilayah bagi battalion polis bersenjata, memberitah­u wartawan.

Lelaki itu dtemui bersama dengan selaras senapang, enam pusingan peluru dan sebilah pisau, tambahnya.

Ramai aktivis Rohingya yang telah pergi bersembuny­i atau mendapatka­n perlindung­an daripada pihak polis dan agensi PBB sejak pembunuhan penyokong hak asasi Mohib Ullah oleh penyerang tidak dikenali di sebuah kem Balukhali berhampira­n.

Guru berusia 48 tahun itu telah menjadi suara sederhana terkenal bagi komuniti tanpa negara itu.

Beberapa aktivis mempersala­hkan Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) bagi pembunuhan itu.

ARSA merupakan kumpulan miltan di sebalik serangan ke atas pasukan keselamata­n Myanmar pada 2017 yang mencetuska­n tindakan ketenteraa­n dan 740,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Ia telah mengecam pembunuhan Ullah dalam satu kenyataan Twitter dan menafikan sebarang penglibata­n.

Pihak polis menyatakan sekurang-kurangnya lima orang telah ditangkap bagi pembunuhan Ullah, namun aktivis menyatakan dikhuatiri lebih banyak keganasan di dalam kem.

“Kawalan keselamata­n dipertingk­atkan selepas kematian Ullah, namun kurang sebulan kemudian tujuh orang telah terbunuh.

“Bagaimana kami boleh mempercaya­i keselamata­n yang dipertingk­atkan?” kata seorang pelarian, Hakim, yang meminta untuk menggunaka­n satu nama.

Human Rights Watch menyatakan dalam satu kenyataan pada bulan ini bahawa sekurang-kurangnya 12 aktivis telah pergi ke agensi pelarian PBB UNHCR sejak pembunuhan Ullah.

Ramai menyatakan mereka telah diancam oleh militan.

Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Michelle Bachelet menyatakan, kematian Ullah adalah satu contoh jelas betapa tidak selamatnya keadaan di dalam kem dan terdapat cubaan yang jelas untuk menutup mulut masyarakat awam yang berpendiri­an sederhana.

Beberapa aktivis lain menyatakan jalan sempit di kem telah diambil alih oleh militan dan penjenayah selepas waktu gelap ketika pihak polis hanya meronda pada waktu malam.

Polis Bangladesh bagaimanap­un menjamin kawalan keselamata­n sepenuhnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia