Utusan Borneo (Sarawak)

Hafiz Hamidun Muncul dengan album baharu ‘Zikir Terapi Acapella’

-

PENYANYI

Hafiz Hamidun baru-baru ini mengumumka­n kemunculan album penuh studio kesembilan beliau, Zikir Terapi Acapella, menerusi Arteffects. Universal Music Malaysia, syarikat muzik utama tanah air.

Album terbaru ini merupakan kesinambun­gan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. Album fizikal Zikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatka­n lebih 100 juta tontonan di YouTube.

Tanpa keraguan, ini merupakan antara album yang paling berjaya pernah diterbitka­n di Malaysia.

Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitka­n, Hafiz telah mengambil keputusan untuk kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.

Penerbitan album ini sangat luar biasa; meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanak­an oleh Kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini telah diterbitka­n secara maya, di mana Hafiz terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi berikutan keterbatas­an dan kekangan operasi.

Walau bagaimanap­un, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam, diadun dan melalui proses mastering selama sebulan.

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitka­n versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee. Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarka­n bersama-sama pengedaran digital di YouTube.

Album Zikir Terapi Acapella telah diterbitka­n sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun dan merupakan kerjasama penerbitan di antara label miliknya Arteffects dan Universal Music Malaysia. Hafiz Hamidun diurus dan diwakili secara eksklusif oleh Arteffects.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia