Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga ikan, penternak lembu didakwa bunuh rakan

-

PORT DICKSON: Seorang peniaga ikan dan seorang penternak lembu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh rakan mereka, dua minggu lepas.

S. Vickna Raja, 32, dan R. Kalaichelv­am, 45, yang mempunyai hubungan saudara, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret V. Vanita.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh mekanik A. Kannan, 44, di sebuah pasar mini di Linggi, di sini antara 6.30 petang 12 Okt dan 8 pagi 13 Okt lepas.

Mereka berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan kerana dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mahkamah menetapkan 8 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nur Athirah Zainudin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Paul Krishna Raja.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen Seremban, Vickna Raja dan Kalaichelv­am mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Madihah Harullah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera parah ke atas ayah si mati, V. Arumugam, 70, menggunaka­n parang di tempat sama kira-kira 6.30 petang pada 12 Okt lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Nov untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nur Atiqah Abu Hassan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Lew menjadi individu pertama dihukum di bawah Enakmen Sumber Air 2007 sejak ia berkuat kuasa di Pahang, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melepaskan sisa tanah ke Sungai Merapoh di Lipis sehingga menyebabka­n air sukar dirawat, Jun lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Lew menjadi individu pertama dihukum di bawah Enakmen Sumber Air 2007 sejak ia berkuat kuasa di Pahang, setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melepaskan sisa tanah ke Sungai Merapoh di Lipis sehingga menyebabka­n air sukar dirawat, Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia