Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu diyakinkan setiap mereka ada tempat dalam Keluarga Malaysia

Semarakkan amalan budaya terbuka, sedia menerima perbezaan pendapat

-

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah.

Justeru baginda bertitah semangat Keluarga Malaysa itu perlu disemarakk­an menerusi amalan budaya terbuka, sedia menerima perbezaan pendapat dan kelainan pandangan, selain menghargai perbezaan pendekatan dan perbezaan kaedah.

“Suara yang berbeza sewajarnya diberi ruang untuk boleh diluahkan kerana rintihan hati yang dikurung berpotensi menyalakan bara marah dan mengalirka­n lava dendam yang lebih volkano sifatnya,” titah baginda pada Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara semalam.

Antara yang hadir pada istiadat itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Mohd Ali, Ketua Hakim Negara Tun

Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Menggunaka­n analogi orkestra yang besar, Sultan Nazrin bertitah setiap instrumen memiliki bunyi tersendiri, dengan gaya mengeluark­an bunyi yang berlainan, sama ada secara tiupan, gesekan, petikan, tekanan atau pukulan, malah

“Pemimpin orkestra yang hebat menghargai setiap bunyi daripada setiap instrumen, lebih banyak instrumen, lebih banyak bunyinya, lebih hebat pula melodinya jika berjaya diharmonik­an.

Sultan Nazrin Shah Timbalan Yang di-Pertuan Agong

tidak ada instrumen dianggap tidak penting.

“Pemimpin orkestra yang hebat menghargai setiap bunyi daripada setiap instrumen, lebih banyak instrumen, lebih banyak bunyinya, lebih hebat pula melodinya jika berjaya diharmonik­an. Pemimpin yang bijaksana boleh mengambil pengajaran daripada kejayaan seorang pemimpin orkestra,” titah baginda.

Baginda bertitah konsep keluarga bukanlah asing kerana telah sedia berakar dan subur meranting dalam budaya bangsa, serta menyifatka­n konsep Keluarga Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri ialah sebuah keluarga besar.

Sehubungan itu baginda bertitah menjadi ketua kepada sebuah keluarga besar memerlukan kesabaran, keupayaan, tumpuan dan kegigihan untuk melaksanak­an tanggungja­wab seadil-adilnya.

“Semakin besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran yang dihadapi, kerana bilangan ahli keluarga yang ramai semestinya dikembari dengan suara yang semakin banyak, selera yang semakin rencam dan keperluan yang pelbagai,” titah baginda.

SultanNazr­inturutmen­zahirkan

penghargaa­n kepada Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri atas segala kerjasama sepanjang tempoh baginda menjalanka­n tugas Yang di-Pertuan Agong.

Penghargaa­n turut dizahirkan Sultan Nazrin kepada Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kerajaan yang membantu baginda membekalka­n maklumat serta menyembah nasihat sebelum baginda membuat sesuatu keputusan.

“Begitu juga kepada para pegawai dan petugas Istana Negara yang telah memudahkan Beta menyempurn­akan tugas dalam tempoh masa Beta diamanahka­n tanggungja­wab Kepala Utama Negara.

“Semoga hubungan harmoni terus terjalin antara Istana Negara dan Putrajaya dalam semangat saling memahami — saling menghormat­i,” titah baginda.

Sultan Nazrin menjalanka­n fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangka­tan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h ke United Kingdom

Baginda yang melaksanak­an tugas Yang di-Pertuan Agong bermula pada 18 Sept lepas menamatkan tugas baginda itu pada 12 tengah malam tadi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Sultan Nazrin berkenan bergambar bersama Ismail Sabri (kanan) selepas Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Dewan Bendahara, Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Sultan Nazrin berkenan bergambar bersama Ismail Sabri (kanan) selepas Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Dewan Bendahara, Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia