Utusan Borneo (Sarawak)

KPKT laksana kajian BDA untuk dapatkan gambaran sebenar kedudukan sektor perumahan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menjalanka­n Kajian Analisis Data Raya (BDA) Perumahan mulai Februari lepas bagi mendapatka­n gambaran sebenar kedudukan dan ketersedia­an data berkaitan sektor perumahan di Malaysia.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kajian yang dijangka siap pada Mei 2022 itu akan menentukan hala tuju pembanguna­n sistem BDA yang merangkumi keperluan data, teknologi, proses, kemahiran serta kos yang diperlukan bagi menjayakan pembanguna­n sistem tersebut.

“Kajian ini bertujuan untuk membantu ke arah mengatasi hartanah siap yang tidak terjual dan seterusnya berupaya mengetahui kedudukan pasaran perumahan hartanah dengan lebih jelas dan tepat demi pembanguna­n sektor hartanah yang lestari dan efisien,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong yang mahu tahu sama ada KPKT mewujudkan satu pangkalan data bagi memantau pemilikan rumah untuk memastikan objektif kerajaan supaya rakyat memiliki rumah tercapai.

Ismail berkata penemuan awal kajian menunjukka­n data perumahan yang berkaitan dengan bekalan dan permintaan berada di pelbagai agensi dan jabatan negeri.

Justeru, beliau berkata terdapat keperluan mewujudkan pusat repositori data untuk membolehka­n pihak berkepenti­ngan dalam industri perumahan menggunaka­n data yang sama ketika memberi input atau maklum balas antaranya berhubung bekalan dan permintaan perumahan serta kemampuan memiliki rumah.

Selain itu, Ismail berkata KPKT juga sedang membangunk­an aplikasi Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan atau Housing Integrated Management System (HIMS) yang merupakan platfom tunggal bagi pemaju perumahan merujuk Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan.

Menurutnya, HIMS akan menjadi mekanisme pengumpula­n data perumahan untuk tujuan pengurusan, pemantauan dan pelaporan pemilikan rumah.

“Pembanguna­n aplikasi HIMS ini adalah di peringkat akhir pengujian sebelum dapat digunakan dan aplikasi HIMS dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada suku kedua 2022. HIMS ini juga akan menjadi salah satu komponen dalam sistem BDA,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia