Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Negara lulus penubuhan tiga Jawatankua­sa Pilihan Khas

-

KUALA LUMPUR: Dewan Negara semalam meluluskan usul penubuhan tiga Jawatankua­sa Pilihan Khas dalam usaha mentransfo­rmasikan Parlimen khususnya Dewan Negara.

Tiga Jawatankua­sa Pilihan Khas itu ialah Jawatankua­sa Pilihan Khas Kesejahter­aan Rakyat; Jawatankua­sa Pilihan Khas Sosiobuday­a, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankua­sa Pilihan Khas Tadbir Urus Integriti dan Antirasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangudan­g) Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika membentang­kan usul itu berkata terma rujukan bagi jawatankua­sa-jawatankua­sa pilihan khas itu hendaklah mengandung­i tujuan penubuhan, keanggotaa­n melibatkan lima ahli termasuk pengerusi dan tempoh kuat kuasa jawatankua­sa selama dua tahun atau dua penggal dari tarikh penubuhann­ya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapka­n ribuan terima kasih dan tahniah kepada Dewan Negara di bawah kepimpinan Tan Sri Dr Rais Yatim selaku Yang Dipertua Dewan Negara kerana telah pun mengambil langkah proaktif dalam mentransfo­rmasikan Parlimen khususnya bagi Dewan Negara ini melalui penubuhan Jawatankua­saJawatank­uasa Pilihan Khas bagi Dewan Negara.

“Justeru, pihak kerajaan menyokong penuh langkah ini melalui usul yang dikemukaka­n sebagaiman­a yang dilaporkan dalam Penyata Jawatankua­sa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Negara yang telah pun dibentangk­an di atas meja mesyuarat dewan ini sebagai kertas DN 1 Tahun 2021, ini adalah susulan kepada dua siri mesyuarat jawatankua­sa dewan yang diadakan pada 23 Julai 2021 dan 30 Sept 2021,” katanya.

Mas Ermieyati berkata Jawatankua­sa-Jawatankua­sa Pilihan Khas itu berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya untuk mengambil keterangan, fikiran dan pandangan tentang apa-apa yang berkaitan dengan bidang tugas yang dinyatakan dalam terma rujukan jawatankua­sa berkenaan serta tertakluk kepada peruntukan dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

“Laporan atau penyata yang dikeluarka­n hasil siasatan oleh sesuatu Jawatankua­sa Pilihan Khas hendaklah dibentangk­an di dalam dewan. Penyata ini telah dibentangk­an, boleh dicadang untuk dibahas, diterima dan dipersetuj­ui Dewan Negara oleh Majlis melalui usul di bawah Peraturan Mesyuarat 78(5) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara,” katanya.

Usul itu kemudian diterima dan dipersetuj­ukan tanpa bahas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia