Utusan Borneo (Sarawak)

Status semasa Rangka Kerja Tindakan Pembanguna­n Bumiputera dijadual diumum PM

-

KUALA LUMPUR: Status semasa Rangka Kerja Tindakan Pembanguna­n Bumiputera yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan diumum dan dilancarka­n akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mastura Mohd Yazid.

Mastura berkata rangka kerja yang akan memperinci­kan model baharu pembanguna­n ekonomi bumiputera bagi 10 tahun akan datang itu dijadual dilancar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ia akan menjadi kesinambun­gan dasar bumiputera terdahulu bagi meningkatk­an status ekonomi serta sosioekono­mi bumiputera terutama sekali bagi menghadapi era pascapande­mik COVID-19,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Mastura menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang mahu Perdana Menteri menyatakan status rangka kerja tindakan pembanguna­n bumiputera seperti diumumkan di bawah RMK12 serta penglibata­n agensi kerajaan bermandat bumiputera seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dalam membangunk­an rangka kerja tindakan ini.

Menjelas lanjut, Mastura berkata TERAJU sebagai sekretaria­t dalam membangunk­an rangka kerja ini telah menjalanka­n sesi sindikasi dan libat urus bersama 32 kementeria­n, agensi kerajaan dan pemain industri sejak April hingga Julai lepas.

“Ia berhasil mengenal pasti 142 program pembanguna­n dan inisiatif untuk memacu pembanguna­n sosioekono­mi bumiputera dengan sumbangan lebihan kendalian kasar berjumlah RM201.5 bilion pada 2030 dan mencipta 406,995 pekerjaan.

“Pembiayaan berjumlah RM106.47 bilion daripada sektor awam dan swasta akan disuntik ke dalam projek rintis dan inisiatif yang dikenal pasti untuk mencapai sasaran akhir aktiviti pertumbuha­n ekonomi utama (KEGA) & Bidang Keutamaan,” katanya.

Beliau berkata program itu dijangka memperkuku­h, mempersiap dan melestarik­an perniagaan bumiputera untuk kekal berdaya saing dan berjaya di peringkat domestik, serantau dan global.

Ia juga bagi meningkatk­an penyertaan syarikat bumiputera dalam rantaian nilai global (Global Value Chain) berorienta­sikan eksport produk bernilai tambah tinggi, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia