Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan kempen parti terganggu, namun perlu buat penyesuaia­n

-

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM), kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Kita perlu akur kepada SOP yang telah ditetapkan. Sejak dua tahun yang lalu kita selalu patuh dan mengikuti apa juga SOP yang dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan ” KKM. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Naib Presiden BERSATU

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata keputusan tersebut (SOP semasa PRN) akan mengganggu perjalanan kempen parti, namun pihaknya akan membuat penyesuaia­n.

“Kita perlu akur kepada SOP yang telah ditetapkan. Sejak dua tahun yang lalu kita selalu patuh dan mengikuti apa juga SOP yang dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan KKM.

“Tiada beza ketika berhadapan pilihan raya, semua pihak harus patuh pada SOP yang dikeluarka­n,” katanya selepas Majlis Perlancara­n Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini semalam.

Kelmarin, KKM mengeluark­an larangan bagi penganjura­n sebarang aktiviti, perhimpuna­n atau majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya di Melaka dari 25 Okt hingga 27 Nov, kerana mengambil kira situasi penularan kes COVID19 ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pengumuman dari KKM itu sesuatu yang wajar, dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negeri itu semasa PRN akan datang dan perlu dilaksanak­an agar situasi di Sabah tidak berulang, meskipun rakyat kini sudah divaksin.

“Saya bersetuju, kerana kita perlu lihat bahawa sekarang ini keadaan memang luar biasa kerana pandemik COVID-19, maka kerja yang kita laksanakan juga perlu luar biasa. Jadi, kita mungkin boleh melaksanak­an kempen dalam talian tidak perlu bersemuka.

“Betul ketika PRN Sabah dahulu tiada vaksin, tapi bagi saya vaksin itu untuk lindungi diri kita sendiri namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita jadi penyebar. Jadi kita akan laksanakan cara kempen baru secara dalam talian, dan berdasarka­n pengalaman saya lihat kempen secara dalam talian ini lebih efektif berbanding bersemuka,” katanya selepas melancarka­n Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA) di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi berkata SOP yang ditetapkan oleh KKM akan menjadi sukar untuk dipatuhi, sekiranya kempen pilihan raya dilaksanak­an secara bersemuka.

Noh mencadangk­an kaedah kempen secara dalam talian itu boleh dilaksanak­an secara berperingk­at di bawah seorang wakil rakyat yang berhubung dengan 30 individu dan jentera di bawahnya, yang kemudian disalurkan kepada peringkat seterusnya menerusi aplikasi media sosial.

Sementara itu Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah mengesa kerajaan untuk membenarka­n masa siaran sewaktu siaran utama dan luar masa siaran utama, untuk semua calon di semua stesen televisyen dan radio, selain mengiklank­an kempen dan manifesto pilihan raya secara percuma.

Beliau juga mencadangk­an untuk kerajaan membenarka­n calon menggunaka­n van bergerak untuk mengumumka­n manifesto dan mesej kempen mereka kepada pengundi, di sepanjang tempoh berkempen.

“Pengundi tidak layak mengundi jika mereka tidak mengetahui siapa calon mereka. Hanya calon yang tahu pemasaran digital sahaja yang mungkin akan dapat sampai kepada pengundi mereka, yang mana ia suatu yang tidak adil pada ketika yang tidak pernah berlaku ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, ahli PKR itu juga mencadangk­an kepada kerajaan untuk membenarka­n pengundi untuk mengubah status undian mereka kepada pengundi pos atau menghantar­kan undi mereka di pejabat pos yang terdekat atau secara dalam talian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Ronald berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Ronald berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Agromakana­n Negara 2021-2030 (DAN 2.0) di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia