Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan cadang usul ungkai ordinan-ordinan darurat

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam membentang­kan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementeria­n berkaitan di Dewan Rakyat.

Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Selain itu, ia turut meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUnda­ng) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membentang­kan usul itu berkata Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurk­an di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n hendaklah dibentangk­an di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Kerajaan akan memastikan pengungkai­an ketujuh-tujuh ordinan ini tidak akan menjejaska­n pengawalan ancaman pandemik demi kesejahter­aan rakyat, keselamata­n dan ketenteram­an awam serta pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata Proklamasi Darurat dilaksana untuk membolehka­n ordinan dimasyhurk­an di bawah Fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntu­kkan kuasa-kuasa perlu dalam mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.

Ini kerana katanya gelombang ketiga wabak COVID-19 yang melanda negara bermula September 2020 menunjukka­n peningkata­n kes positif dan jumlah kematian naik begitu mendadak.

Beliau berkata sehingga kelmarin, jumlah keseluruha­n jangkitan adalah 2,426,050 kes dengan 77,305 kes aktif dan 28,354 kematian.

Wan Junaidi berkata melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pengambilm­ilikan sementara tanah, bangunan dan harta alih telah dibuat untuk menempatka­n dan menguruska­n pesakit positif COVID-19 dan pesakit selain pesakit COVID-19.

“Bagi tujuan ini, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) di bawah milikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diambil alih,” katanya.

Selain itu, menurutnya sejak Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 dikuat kuasa bermula 12 Mac hingga 7 Okt lepas, 30 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Ordinan itu bagi tindakan penguatkua­saan terhadap individu atau pihak yang didapati memuat naik atau menyebar berita tidak benar mengenai COVID-19 serta Proklamasi Darurat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia