Utusan Borneo (Sarawak)

Gelembung Pelanconga­n Antarabang­sa Langkawi dibuka kepada semua negara

Terdapat prosedur ketat akan dilaksana bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Gelembung Pelanconga­n Antarabang­sa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dibuka kepada semua pelancong tanpa dihadkan kepada mana-mana negara, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan terdapat prosedur ketat yang akan dilaksanak­an bagi mengelakka­n penularan jangkitan COVID-19 di pulau pelanconga­n itu.

“Prosedur ini termasukla­h memastikan dia (pelancong) mesti datang menggunaka­n khidmat ejen pelanconga­n yang berdaftar dengan kementeria­n.

“Ejen ini yang akan mengatur semua perjalanan dan mereka tidak datang terus ke Langkawi secara peribadi. Ini mekanisme yang kita gunakan kerana kalau ada apa-apa terjadi seperti berlakunya kes, ejen itu yang akan bertanggun­gjawab,” kata beliau.

Nancy berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai sama ada kerajaan akan mengambil langkah sama seperti Singapura dan Thailand dalam mengehadka­n kemasukan pelancong luar untuk ke negara mereka.

Beliau ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan dan Sumbangan kepada 15 Badan Bukan Kerajaan

“Prosedur ini termasukla­h memastikan dia (pelancong) mesti datang menggunaka­n khidmat ejen pelanconga­n yang berdaftar dengan ” kementeria­n.

Datuk Seri Nancy Shukri Menteri MOTAC

dan 20 Penggiat Seni di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), di sini semalam.

Nancy berkata gelembung pelanconga­n antarabang­sa itu diperkenal­kan bagi membantu memulihkan ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, kerajaan tidak boleh menunggu untuk tempoh lama bagi membuka sektor pelanconga­n kepada pelancong luar kerana ini akan menyebabka­n ramai penduduk tempatan kehilangan pekerjaan perlu berfikir secara berilmiah dan munasabah supaya langkah yang diambil membawa kebaikan kepada semua.

“Pada masa sama, perkembang­an di Langkawi ini akan menjadi model kepada kita untuk meneliti kelakuan (behaviour) pelancong dalam membantu membendung penularan COVID,” katanya.

Beliau berkata sejak pengumuman gelembung pelanconga­n itu baru-baru ini, banyak rumah inap desa di Langkawi telah menerima tempahan pelancong terutama dari Eropah.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumka­n Gelembung Pelanconga­n Antarabang­sa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dimulakan pada 15 Nov ini dengan pematuhan beberapa prosedur operasi standard (SOP).

Kumpulan sasaran bagi gelembung pelanconga­n itu ialah pelancong berkualiti dan individu yang telah lengkap vaksinasi COVID19. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Nancy menyampaik­an sumbangan kepada penggiat seni bidang penulisan, Siew Suet Li pada Program Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Prihatin: Cakna Penggiat 2021 di Pusat Pelanconga­n Malaysia Kuala lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Nancy menyampaik­an sumbangan kepada penggiat seni bidang penulisan, Siew Suet Li pada Program Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Prihatin: Cakna Penggiat 2021 di Pusat Pelanconga­n Malaysia Kuala lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia