Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat lulus usul ungkai ordinan-ordinan darurat

-

KUALA LUMPUR: Usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Selain itu, ia turut meliputi Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Usul berkenaan yang dibentangk­an Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahas 18 Ahli Dewan Rakyat.

Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan usul itu berkata tanpa Proklamasi Darurat yang dilaksanak­an dari Januari hingga Ogos lepas, kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan-tindakan perlu bagi menangani wabak COVID19 yang ketika itu memasuki tahap kritikal.

“Kerajaan telah mengambil langkah yang difikirkan terbaik pada masa itu untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Kerajaan berpandang­an sekiranya pemasyhura­n Proklamasi Darurat tidak dibuat, keadaan dijangka menjadi lebih teruk...we cannot predict the situation (kami tidak boleh meramalkan keadaan),” katanya.

Sementara itu, menjawab celahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah boleh diadakan ekoran Pilihan Raya Negeri Melaka, Wan Junaidi berkata beliau membawa perkara itu ke Mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Pada 16 Dis tahun lepas, Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytih­arkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, sekali gus menangguhk­an PRK dua kerusi berkenaan.

Persidanga­n Dewan Rakyat bersambung hari ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Wan Junaidi menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Wan Junaidi menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia