Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu Budaya Malaysia 2021 secara hibrid 25-30 Oktober

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurk­an Minggu Budaya Malaysia (MBM) 2021 bertemakan “Bangkit Asal” untuk mengangkat atau menghidupk­an kembali seni budaya dan warisan negara, secara hibrid mulai semalam sehingga 30 Okt.

MOTAC dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n Minggu Budaya Malaysia itu dijadikan ‘signature programme’ (program pengenalan) kementeria­n sebagai wadah manifestas­i kepelbagai­an seni budaya dan warisan di Malaysia dengan cara menyediaka­n ruang bagi mengekspre­si keragaman budaya.

Program itu melibatkan 10 jabatan atau agensi di bawah MOTAC yang mempunyai ‘signature’ produk masingmasi­ng, katanya.

Agensi terlibat ialah Jabatan

Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Muzium, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara, Perpustaka­an Negara, Istana Budaya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Balai Seni Visual Negara, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Tourism Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik diatur setiap agensi sebagai pengisian menerusi platform Facebook MOTAC serta laman sesawang www. mbm2021.com, mulai 2.00 petang hingga 6.00 petang sepanjang enam hari itu.

Aktiviti yang akan dipersemba­hkan adalah berkaitan pengarkiba­n, pendidikan seni budaya dan warisan, seni persembaha­n, seni visual, kandungan manuskrip terpilih, seni dan budaya yang berteraska­n akar budaya Malaysia.

Selain itu, video-video berkaitan pengiktira­fan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), artifak dan sejarah negara, serta penjenamaa­n Malaysia sebagai ‘Top of The Mind Ecotourism Destinatio­n of the World’.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan sama berkata pelaksanaa­n program itu seiring dengan perancanga­n strategik dalam Pelan Pemulihan Pelanconga­n MOTAC bagi memperluas­kan aspek promosi untuk menarik pelancong apabila pintu sempadan dibuka kelak.

“Dengan adanya program seperti ini, ia diharapkan dapat terus menyemarak­kan semula industri pelanconga­n dan kebudayaan negara dalam norma baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia