Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen dominasi GP Amerika Syarikat

Pemandu Red Bull itu mengatasi Hamilton untuk menjuarai perlumbaan, menambah pendahulua­nnya dalam kejuaraan Formula Satu kepada 12 mata

-

AUSTIN: Max Verstappen mengatasi Lewis Hamilton untuk menang Grand Prix Amerika Syarikat pada Ahad, menambah pendahulua­nnya dalam kejuaraan Formula Satu (F1) dunia kepada 12 mata.

Verstappen, memandu Red Bull, mencatat kemenangan sulungnnya di litar Amerika di saksikan 140,000 penonton.

Bintang Mercedes, Hamilton, telah mengurangk­an defisit perlumbaan di bawah satu saat pada pusingan terakhir namun tidak berjaya mencari jalan untuk memintas pelumba Belanda itu.

Sergio Perez turut melangkah ke podium untuk

Red Bull di hadapan Charles Leclerc dari Ferrari dan Daniel Ricciardo dari McLaren.

Kemenangan berkelebih­an 1.33 saat Verstappen itu merupakan yang kelapan buatnya musim ini, di sebuah litar di mana Hamilton telah menang lima kali.

Hamilton mengakui Red Bull lebih kuat.

“Max melaksanak­an tugas yang hebat hari ini,” ucapnya di podium. “Ia perlumbaan yang sukar. Saya bermula dengan baik, memberi sehabisnya namun akhirnya mereka lebih menguasai pada hujung minggu ini.”

Hamilton bermula di tempat kedua pada grid, memeranjat­kan pelumba petak pertama, Vertsappen.

Pelumba Britain itu memintas pada selekoh pertama dan kekal mendahului dalam 10 pusingan sehingga Red Bull membuka helah.

“Dia banyak tergelinci­r dan saya memiliki lebih kawalan,” kata Verstappen melalui radio kumpulan. Dengan memanggil pelumba Belanda itu untuk perhentian pit awal, dia berjaya memintas pelumba juara itu.

Menjelang perhentian pit Hamilton, Verstappen telah mendahului dengan 6.7 saat.

Hamilton berulang kali memendekka­n pendahulua­n dalam perlumbaan 56 pusingan itu, dan mengurangk­an defisit kepada 3.3 saat.

Usahanya dibantu dengan tempoh kereta keselamata­n maya supaya cebisan di atas litar dapat dibersihka­n.

Sekali lagi Verstappen membuat perhentian pit, memberi pendahulua­n kepada Hamilton. Apabila dia kembali, Perez membuka jalan agar pelumba Belanda itu menyusuli di tempat kedua, 16 saat di belakang juara dunia tujuh kali itu.

Pada pusingan 20 terakhir, Leclerc dan pelumba Mercedes Valtteri Bottas merebut tempat keempat di belakang Perez.

Pierre Gasly pula terpaksa menarik diri apabila AlphaTauri­nya rosak. Kemudian kedua-dua pelumba Alpine, Fernando Alonso dan Esteban Ocon terpaksa menamatkan perlumbaan awal.

Pada pusingan ke-37, Hamilton berhenti untuk pit, lantas Verstappen memecut mendahului dengan 8.45saat.

Dengan 10 pusingan baki, perbezaan masa ialah pada 2.3saat sementara Perez semakin jauh ketinggala­n pada 30 saat.

Pada penghujung­nya, Verstappen bertahan di bawah tekanan dua pusingan terakhir untuk merampas kemenangan besar. — AFP

“Max melaksanak­an tugas yang hebat hari ini. Ia perlumbaan yang sukar. Saya bermula dengan baik, memberi sehabisnya namun akhirnya mereka lebih menguasai pada hujung minggu ini. ”

Lewis Hamilton Pelumba pasukan Mercedes

 ?? ?? SENGIT: Verstappen (kiri) dan Hamilton (kanan) mendahului perlumbaan Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat di Austin, Texas, kelmarin.
VERSTAPPEN
SENGIT: Verstappen (kiri) dan Hamilton (kanan) mendahului perlumbaan Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat di Austin, Texas, kelmarin. VERSTAPPEN
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia