Utusan Borneo (Sarawak)

Messi disenyapka­n tatkala 10 pemain PSG akur seri tanpa jaringan kepada Marseille

-

PARIS: Lionel Messi disenyapka­n tatkala kumpulan 10 pemain Paris Saint-Germain (PSG) akur dengan seri 00 dalam persaingan sengit kepada Marseille dalam kehangatan atmosfera Ligue 1 semalam.

Pertembung­an antara dua pencabar terbesar bola sepak Perancis itu telah tertangguh buat beberapa kali apabila objek ditikam daripada penonton ketika pemain PSG sedang membuat sepakan sudut.

Gangguan terjadi sekali lagi dalam sepauh masa kedua apabila seorang pemuda menceroboh masuk padang dan menuju ke arah Messi sebelum dibawa keluar oleh pasukan keselamata­n.

Ia malam yang agak huruhara buat PSG, yang tidak mampu mengasak dan dikurangka­n kepada 10 pemain apabila Achraf Hakimi dibuang padang pada separuh masa kedua selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR) mengesahka­n dia telah mengasari Cengiz Under di luar kotak.

Perlawanan turut menyaksika­n dua gol dibatalkan atas sebab ofsaid, satu daripada gol sendiri oleh pemain pertahanan Marseille, Luan Peres dan satu lagi gol Arkadiusz Milik daripada pasukan pelawat.

Ia satu keputusan yang boleh diterima oleh pasukan Mauricio Pochettino yang hanya kalah sekali dalam 11 perlawanan pembukaan Ligue 1, berada di puncak liga berkelebih­an tujuh mata kepada pasukan tempat kedua, Lens.

“Saya rasa kami bermain dengan amat baik, tetapi tidak berjaya mendapat gol,” kata Pochettino.

Bagaimanap­un, prestasi bintang-bintang serangan sekali lagi menjadi persoalan.

Pochettino telah memilih Messi, Neymar dan Angel Di Maria dalam barisan di belakang Kylian Mbappe namun sepanjang permainan, mereka berempat disenyapka­n oleh Marseille.

“Saya fikir kami layak mendapat tiga mata hari ini kerana kami lebih tangkas berbanding mereka,” jelas pemain pinjaman Marseille dari Arsenal, Matteo Guendouzi.

Messi telah menjaringk­an tiga gol dalam jersi PSG dalam Liga Juara-Juara, tetapi belum lagi dalam Ligue 1.

Dalam perlawanan lebih awal, Lens menewaskan Metz 4-1 untuk kekal sebagai pasukan kedua, menerusi gol dua kali Wesley Said, manakala Nice duduk di tempat ketiga apabila bangkit menundukka­n Lyon 3-2.

Karl Toko-Ekambi dan Houssem Aouar mendapatka­n gol buat Lyon, tetapi Youcef Atal membalas satu gol buat Nice ketika baki sembilan minit sebelum pemain Lyon, Tino Kadewere dibuang padang.

Andy Delort menyamakan kedudukan melalui penalti pada minit ke-89 diikuti gol pemain berusia 20 tahun, Evann Guessand meraih kemenangan pada masa kecederaan untuk pasukan tuan rumah.

Kemenangan turut diperolehi oleh Monaco, Rennes dan Troyes. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Messi mengawal bola di sebelah penyerang Marseille Cengiz Under pada perlawanan Ligue 1 di antara Olympique Marseille dan PSG di Stade Velodrome, Marseille, kelmarin.
— Gambar AFP FOKUS: Messi mengawal bola di sebelah penyerang Marseille Cengiz Under pada perlawanan Ligue 1 di antara Olympique Marseille dan PSG di Stade Velodrome, Marseille, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia