Utusan Borneo (Sarawak)

Real atasi Barca 2-1, beri tekanan pada Koeman

-

MADRID: Real Madrid memberi tekanan kepada jurulatih Barcelona, Ronald Koeman apabila David Alaba menjaringk­an gol pembukaan untuk meraih kemenangan 2-1 di Clasico di Camp Nou pada Ahad.

Sepakan lengkung Alaba membolehka­n Madrid mendahului, dengan Lucas Vazquez menambah skor kedua dalam masa kecederaan sebelum Sergio Aguero menjaringk­an gol pertamanya untuk Barcelona pada saat-saat terakhir.

Buat pertama kalinya sejak 1965 Barca kini telah kalah empat kali berturut-turut dalam Clasico di tangga kelapan La Liga, lima mata di belakang Madrid, yang melonjak kembali ke puncak liga.

Selepas menewaskan Valencia dan memenangi perlawanan penting Liga JuaraJuara menentang Dynamo Kiev minggu ini, ia ialah kekecewaan baharu untuk Barca dan Koeman.

“Permainan ini selalu singkat,” kata Koeman. “Kami ada permainan masing-masing, namun perinciann­ya tentukan keputusann­ya. Ia memalukan kerana kami mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol.”

Jurulatih Madrid Carlo Ancelotti berkata: “Kami bermain menentang pasukan yang hebat, kami telah menderita, tetapi kami dapat mengatasin­ya.”

Ini adalah pertembung­an liga pertama antara kelabkelab ini tanpa Lionel Messi atau Sergio Ramos sejak tahun 2005.

Buat pertama kalinya dalam tempoh 65 tahun, enam pemain yang lebih muda daripada 22 tahun memulakan permainan manakala Gavi, pemain tengah Barcelona berusia 17 tahun, ialah kesebelasa­n utama termuda Barca di Clasico dalam hampir satu abad.

Pertarunga­n antara Ansu Fati dan Vinicius Junior terasa sedikit dipaksa memandangk­an kedua-dua pemain itu telah menjadi simbol harapan.

Barcelona lebih rancak pada permulaann­ya, dengan mendominas­i bola tetapi Madrid bersedia untuk menimbulka­n masalah yang lebih besar.

Vincius memintas Oscar Mingueza dengan sepakan yng luar biasa melalui celah kaki lawannya dan tatkala Mingueza bergelut untuk bangkit, Vinicius melimpasin­ya lalu tumbang di dalam kotak. Sentuhan berlaku namun minima.

Tidak lama selepas itu, Vinicius mengasak lagi tetapi rujukan semula membuktika­n cubaan itu ofsaid.

Madrid membuat Barcelona merasai kesakitan pada minit ke-32 dengan gol yang cantik. Alaba menggelece­k dari Memphis Depay di pinggir kotaknya sendiri lalu kemudianny­a mengumpan kepada pemain penyerang Rodrygo.

Kali ini Alaba mendapatka­n bola kembali, ruangnya terbuka menerusi larian Karim Benzema, dan dari sudut kotak, dia merembat masuk ke dalam pintu gol.

Barcelona semakin yakin sebelum sejam tetapi Madrid mempertaha­nkan dan mengancam dengan gol kedua apabila cubaan Luka Modric disekat, dan kemudian Modric berganding dengan

Benzema, yang menghantar bola kepada Marc-Andre Ter Stegen.

Permainan telah menjadi semakin lama dan berlaku penamat dramatik.

Pique menuntut penalti apabila dia dihalang menyerang balas di dalam kotak, Madrid meriah gol kedua, umpanan Marco Asensio disempurna­kan oleh Vazquez pada minit ke-93.

Masih ada waktu untuk gol Aguero pada minit ke-97, penyudah hebat daripada lorongan Dest, tetapi tidak memadai untuk menang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Alaba (dua kiri) meraikan golpembuka­padaperlaw­anan La Lihga Sepanyol di antara FC Barcelona dan Real Madrid CF di stadium Camp Nou, Barcelona, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Alaba (dua kiri) meraikan golpembuka­padaperlaw­anan La Lihga Sepanyol di antara FC Barcelona dan Real Madrid CF di stadium Camp Nou, Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia