Utusan Borneo (Sarawak)

West Ham tewaskan Tottenham 1-0, lonjak tangga kesembilan Liga Perdana

-

LONDON: West Ham menaiki tangga kesembilan Liga Perdana selepas menang 1-0 menentang Tottenham dalam persaingan London, ketika Manchester United dan Liverpool sedang bersiap sedia untuk pertempura­n paling hangat terkini pada Ahad.

Rembatan separuh masa kedua Michail Antonio memberi kemenangan liga kedua berturut-turut buat Hammers sementara menghumban Tottenham kepada kekalahan liga kedua berturut-turut dalam minggu ini.

Ditewaskan oleh Vitesse Arnhem dalam Liga Konferensi Europa pada Khamis, Tottenham sekali lagi gagal mempamerka­n prestasi unggul, membiarkan West Ham melangkaui mereka di atas carta.

Cubaan awal Pablo Fornals telah memaksa penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris untuk menyelamat­kan keadaan di Stadium London.

Lucas Moura nyaris membuka pendahulua­n buat Tottenham namun tersasar, manakala asakan Son Heungmin disepak terus ke Lukasz Fabianski.

Tanguy Ndombele juga menanduk terlalu dekat kepada Fabianski, diikuti tandukan separuh masa Harry Kane ditepis oleh penjaga gol Poland itu.

Lloris terpaksa tangkas menafikan cubaan Fornals yang melantun daripada Eric Dier.

West Ham akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-72 menerusi Antonio yang menyelinap melintasi Kane lantas menyempurn­akan sepakan sudut Aaron Cresswell, sebagai gol kesepuluh dalam sepuluh perlawanan­nya menentang Tottenham.

Dalam perlawanan lain Ahad, Leicester menang 21 kepada Brentford untuk menyambung perlawanan liga tanpa kalah mereka kepada empat kali.

Brentford mula dengan rancak tetapi gol Ivan Toney dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) mengesahka­n ia ofsaid.

Bryan Mbuemo sepatutnya membuka gol apabila Norgaard membuka peluang buatnya namun hantaran pemain penyerang itu tersasar.

Akhirnya, Leicester memperoleh­i pendahulua­n pada minit ke-14 apabila bola menemui Youri Tielemans dan pemain tengah Belgium itu meledakkan rembatan ke sudut atas gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Antonio (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Tottenham Hotspur di Stadium London, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Antonio (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Tottenham Hotspur di Stadium London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia