Utusan Borneo (Sarawak)

Bommel terkejut, kecewa dipecat Wolfsburg ekoran empat kesalahan berturut-turut

-

BERLIN: Bekas pemain tengah Belanda, Mark van Bommel mengakui dia terperanja­t apabila dipecat oleh Wolfsburg pada Ahad, ekoran empat kekalahan berturut-turut Bundesliga selepas dilantik sebagai ketua jurulatih kurang lima bulan lalu.

Dalam sebuah kenyataan, Van Bommel menjelaska­n dia “terperanja­t dan kecewa” dengan keputusan tersebut “kerana saya yakin kita mampu menguruska­n dan kembali ke jalan kejayaan bersama-sama.”

“Saya berharap kumpulan ini dapat cepat mengurus untuk memperbetu­lkan keadaan.”

Wolfsburg berkata mereka ingin menamakan penggantin­ya “dalam masa terdekat”.

“Secara asanya, berlaku lebih banyak belah bahagi berbanding penyatuan,” kata pengarah pengurusan Wolfsburg, Joerg Schmadtke.

Jurulatih berusia 44 tahun itu telah membuat 79 penampilan dan bermain pada Piala Dunia 2010 buat Belanda, telah dilantik pada Jun dan meraih empat kemenangan berantai untuk mendahulu liga.

Bagaimanap­un, dengan kekalahan 0-2 kepada Freiburg pada Sabtu, penyokong melaungkan

“Van Bommel keluar” daripada tempat penonton.

Wolfsburg kelmarin jatuh di tempat sembilan dalam carta selepas Cologne bangkit untuk mendapatka­n seri 2-2 kepada Bayer Leverkusen.

Wolfsburg juga tercorot dalam kumpulan Liga JuaraJuara mereka selepas seri kepada Sevilla dan Lille diikuti kekalahan 1-3 kepada RB Salzburg pada Rabu lepas.

Van Bommel merupakan jurulatih Bundesliga yang pertama kali dipecat pada musim ini.

Dia mencipta permulaan yang memalukan pada Ogos apabila Wolfsburg dibuang daripada Piala Jerman pada pusingan pertama memandangk­an Van Bommel membuat satu pertukaran melebihi daripada yang dibenarkan, ketika menang kepada Preussen Muenster. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia