Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA PERUSUH DITANGKAP

Suspek-suspek diberkas berhubung kes rusuhan yang menyebabka­n dua beradik cedera kelmarin

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Tiga lelaki diberkas semalam berhubung kes rusuhan menggunaka­n senjata yang menyebabka­n dua beradik cedera yang berlaku di sebuah bengkel di Kampung Peraya, Jalan Padawan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 30 tahun ditangkap di lokasi berasingan.

"Tangkapan pertama sekitar jam 6 pagi hari ini (semalam) di pasar Siburan Batu 17 Jalan KuchingSer­ian melibatkan seorang lelaki dan tangkapan kedua pada jam 6.30 pagi hari ini (semalam) di Kampung Duud Siburan Batu 17 Jalan Kuching-Serian di mana tiada sebarang rampasan dibuat semasa tangkapan ini.

"Tangkapan ketiga pula sekitar jam 7.30 pagi hari ini (semalam) di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 13 Jalan Kuching-Serian melibatkan seorang lelaki," katanya dalam kenyataan semalam.

Tegasnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang giat mengesan suspek yang masih bebas.

"Kesemua suspek tidak mengaku menyerang mangsa tetapi mengaku ada berada di lokasi kejadian," tambahnya.

Mengulas lanjut kes ini, Abang Zainal berkata, kejadian rusuhan menggunaka­n senjata itu berlaku sekitar jam 6 petang Ahad di Kampung Peraya Jalan Padawan.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa lelaki tempatan berumur 26 tahun bersama abangnya dan empat rakannya yang lain sedang membaiki kereta di sebuah bengkel telah didatangi kira-kira 20 orang yang bersenjata­kan parang, samurai, besi 'kuantaw', kayu hoki dan salah seorang membawa senjata menyerupai senapang patah.

"Dalam kejadian itu abang mangsa lelaki tempatan berumur 32 tahun ditetak di tangan kanan.

"Sementara mangsa hanya mengalami calar dan lebam kerana sempat melarikan diri," dedahnya.

Selain itu katanya, kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik mangsa dan kereta pelanggan yang terdapat di bengkel tersebut turut dipecahkan dan telefon bimbit milik abang mangsa telah dibawa lari oleh salah seorang suspek.

"Punca kejadian tidak diketahui dan kesemua suspek tidak dapat dikenali kerana menggunaka­n pelitup muka," ujarnya.

Beliau menegaskan kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurka­n ke Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233," katanya.

 ?? ?? DICEKUP: Ketiga-tiga suspek disyaki terlibat rusuhan bersenjata ditangkap.
DICEKUP: Ketiga-tiga suspek disyaki terlibat rusuhan bersenjata ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia