Utusan Borneo (Sarawak)

TESSIE RAKYAT SARAWAK PERTAMA MENANG ANUGERAH GURU GLOBAL 2021

-

KUCHING: Kaedah inovatif untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajarnya serta komuniti setempat menjadikan Tessie Rijem,

30, rakyat Sarawak pertama memenangi Anugerah Guru Global 2021.

Guru yang berasal dari Bau itu kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh di Selangau, antara lapan guru dari Malaysia memenangi anugerah itu tahun ini.

Kejayaan meraih anugerah itu pasti membuat dirinya begitu gembira kerana penat lelahnya membantu pelajar dan komuniti di sekitar sekolahnya meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris diiktiraf.

“Apa yang sentiasa saya mahu lakukan ialah meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan komuniti mereka. Bagaimanap­un saya sedar untuk berbuat demikian saya perlu bekerja lebih keras,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post semalam.

Justeru bagi tujuan itu, Tessie mendedahka­n beliau memperkena­lkan pelbagai program untuk pelajar dan komuniti setempat.

Beliau menambah, penting untuknya mencari cara mengajar yang lebih inovatif bagi mempromosi­kan bahasa Inggeris di setiap tempat beliau mengajar.

“Selain mengadakan kelas, saya memperkena­lkan idea lain seperti pertanding­an menyanyi lagu bahasa Inggeris, menggalakk­an pelajar bercakap dalam bahasa Inggeris sekerap mungkin apabila bersama komuniti mereka, memberi idea pengajaran dan pembelajar­an bahasa Inggeris sebenar yang menyeronok­kan dan banyak lagi,” katanya.

Sebagai anak kelahiran Bau, Tessie memberitah­u sememangny­a menjadi impiannya untuk mengajar di kampung halaman pada masa akan datang agar idea-ideanya itu diperkenal­kan kepada penduduk tempat beliau dilahirkan.

Dalam pada itu beliau berharap akan mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan agar program pengajaran dan pembelajar­an diperkenal­kannya boleh dibangunka­n lagi.

“Buat masa ini saya merancang sendiri hampir kesemua program saya ini. Saya yakin dapat melakukann­ya dengan adanya bantuan daripada kerajaan jika mendapati program yang saya bangunkan ini berguna bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Tessie bagaimanap­un mendedahka­n beliau tidak berdepan banyak halangan untuknya mengendali­kan program-program diciptanya melainkan isu penyambung­an Internet lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan bagi mengekang penularan COVID19.

Anugerah Guru Global bertujuan menjangkau secara aktif seluruh pelosok dunia dan mengenal pasti serta mengiktira­f guru luar biasa yang telah memberikan sumbangan besar dalam profesion mereka.

Ia juga bertujuan mengenal pasti guru yang cemerlang dalam mengajar mata pelajaran berbeza, menunjukka­n sumbangan luar biasa kepada pelajar dan memberi khidmat kepada komuniti menerusi pengajaran walaupun di luar bilik darjah formal.

Anugerah Guru Global yang merupakan inisiatif AKS Education Award, pertama seumpamany­a bagi mengiktira­f kecemerlan­gan guru daripada semua wilayah dan komuniti dunia serta menyerlahk­an sumbangan mereka dalam membina keupayaan komuniti dan membantu menjadikan masyarakat lebih baik menerusi kaedah pengajaran yang nyata memberi inspirasi.

 ?? ?? TESSIE
TESSIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia