Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah benar permohonan Muhammad Shafee dapat sementara pasport untuk ke New York

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatka­n sementara pasport bagi membolehka­nnya ke New York bagi urusan pengajian anak lelakinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memberikan perlepasan sementara pasport itu mulai semalam hingga 3 Dis setelah mendengar hujah peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee, setelah tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia.

Dalam hujahnya, Wee berkata anak guamnya perlu ke New York dari 27 Okt hingga 30 Nov ini, untuk bertemu anaknya untuk membantu dalam urusan pengajian tinggi di The New School Parson di New York.

Menurut notis usul yang difailkan pada 18 Okt lepas, Muhammad Shafee memohon agar pasport antarabang­sanya diserahkan kepadanya buat sementara waktu selewat-lewatnya pada 25 Okt untuk beliau membuat persiapan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) ke New York pada 27 Okt.

Muhammad Shafee berkata beliau akan mengembali­kan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Dis ini.

Muhammad Shafee yang merupakan peguam bela utama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), telah dibenarkan ke luar negara beberapa kali selepas beliau sendiri didakwa.

Peguam berusia 69 tahun itu telah menyerahka­n pasportnya pada September 2018 setelah didakwa atas dua pertuduhan menerima RM9.5 juta yang merupakan hasil aktiviti haram melalui dua cek yang dikeluarka­n oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya .

Muhammad Shafee juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukak­an penyata tidak betul dan bertentang­an dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2013 dan 31 Dis, 2014.

Setakat ini, enam saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes itu yang bermula 21 Mei lepas.

Perbicaraa­n dijadual bersambung pada 26 dan 27 Okt ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DAPAT PERLEPASAN: Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatka­n pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah bagi membolehka­nnya ke New York bagi urusan pengajian anaknya semalam.
— Gambar Bernama DAPAT PERLEPASAN: Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatka­n pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah bagi membolehka­nnya ke New York bagi urusan pengajian anaknya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia