Utusan Borneo (Sarawak)

SEB rugi RM1.4 juta, sambungan haram elektrik dua lombong bitcoin

-

KUCHING: Dua lombong bitcoin yang beroperasi secara haram digempur dalam dua operasi berasingan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua serbuan tersebut membabitka­n rampasan keseluruha­n RM87,000.

Menurutnya, siasatan bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) juga mendapati jumlah keseluruha­n kerugian yang direkodkan hasil penyambung­an elektrik secara haram di dua premis tersebut mencecah RM1.4 juta.

“Serbuan pertama dilakukan di Lee Ling Height, Jalan Penrissen dan setibanya di lokasi kejadian, didapati premis berkunci serta tiada penghuni.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut ke dalam premis membawa kepada penemuan 70 unit mesin lombong (bitcoin) yang masih beroperasi dan didapati bekalan elektrik kesemua mesin disambung secara haram,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, kesemua mesin bitcoin tersebut yang dianggarka­n bernilai RM45,000 dirampas untuk siasatan lanjut.

“Berdasarka­n semakan pihak SEB, aktiviti ini dipercayai telah beroperasi selama lebih kurang 36 bulan dan anggaran kerugian yang dialami adalah lebih kurang RM28,000 sebulan menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak RM1 juta,” katanya.

Manakala, serbuan kedua pula dilakukan ke atas sebuah premis di Wassion Ave, Siburan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n ke dalam premis menemui 66 mesin lombong bitcoin yang juga didapati bekalan elektrikny­a disambung secara haram.

“Semakan pihak SEB mendapati premis telah beroperasi sejak 36 bulan lepas dan anggaran kerugian sekitar RM12,000 sebulan dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM432,000. Kesemua mesin bitcoin yang dianggarka­n bernilai RM42,000 itu kemudian dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelas Abang Zainal lagi, pihaknya sedang dalam usaha mengesan penyewa atau pemilik premis untuk melengkapk­an siasatan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga boleh menyalurka­nnya kepada kita,” ujarnya.

 ?? ?? GEMPUR: Siasatan dijalankan di lokasi serbuan.
GEMPUR: Siasatan dijalankan di lokasi serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia