Utusan Borneo (Sarawak)

Jones, Amastasia Bejie akhirnya dapat MyKad

DLKP dikeluarka­n selepas sesi temu soal, semakan dokumen dan penilaian kes di peringkat panel

-

“Setelah melalui proses dan prosedur sedia ada yang berkuat kuasa di JPN, akhirnya MyKad kedua beradik berkenaan telah diluluskan dan dicetak pada 10 Mei lalu.

KUCHING: Dua beradik iaitu Jones Bejie dan Amastasia Bejie kini menarik nafas lega apabila Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWK) menyerahka­n kad pengenalan diri (MyKad) kepada mereka hari ini.

Menurut kenyataan media KWPK semalam, kisah dua beradik berkenaan tular di media sosial pada penghujung Januari lalu susulan kedua-duanya melalui likuliku kehidupan di Kuching dengan penuh ketakutan akibat ketiadaan MyKad.

Dua beradik tersebut katanya, memiliki sijil kelahiran dan berstatus warganegar­a tetapi tidak memiliki MyKad.

Justeru katanya, keadaan itu menarik perhatian KPWK kemudianny­a membuat lawatan susulan pada 28 Januari lalu bagi membantu dua beradik tersebut

Kenyataan media KWPK

menguruska­n permohonan daftar lewat kad pengenalan (DLKP) untuk dikemukaka­n ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Seterusnya permohonan MyKad Jones Bejie dan

Amastasia Bejie dikemukaka­n kepada JPN pada 7 Februari lalu.

“Prosedur untuk memproses permohonan DLKP bagaimanap­un mengambil tempoh masa yang agak lama.

“Ia susulan umur keduadua beradik itu telah melebihi 16 tahun dan prosedur DLKP adalah berbeza daripada prosedur permohonan kad pengenalan kali pertama bagi mereka yang berusia 12 tahun,” ujar kenyataan tersebut.

Jelasnya, pelbagai sesi temu soal, semakan dokumen secara menyeluruh dan seterusnya penilaian kes di peringkat panel harus ditempuhi sebelum keputusan DLKP dikeluarka­n.

“Setelah melalui proses dan prosedur sedia ada yang berkuat kuasa di JPN, akhirnya MyKad kedua beradik berkenaan telah diluluskan dan dicetak pada 10 Mei lalu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, MyKad berkenaan diserahkan oleh

Menteri KPWK Dato Sri Fatimah Abdullah kepada Jones dan Amastasia pada satu majlis di pejabat KPWK di Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPWK Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembanguna­n Kesejahter­aan Komuniti Mohamad Razi Sitam, Setiausaha Tetap KPWK Rashidah Bolhassan, Setiausaha Eksekutif, Majlis Pembanguna­n Sosial KPWK Dr Zufar Abdullah dan Pengarah JPN Negeri Sarawak Abang Noraffian Abang Ibrahim.

 ?? ?? KEJAYAAN: Fatimah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Jones (empat kanan) dan Amastasia (tiga kiri) serta (dari kiri) Dr Zufar, Razi, dan (dari kanan) Rashidah, Rosey dan Abang Noraffian.
KEJAYAAN: Fatimah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Jones (empat kanan) dan Amastasia (tiga kiri) serta (dari kiri) Dr Zufar, Razi, dan (dari kanan) Rashidah, Rosey dan Abang Noraffian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia