Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan balak bukan untuk kegunaan awam

-

Jalan-jalan balak yang dibina oleh pihak pelesen bukan untuk kegunaan awam kerana jalan tersebut tidak memenuhi piawaian keselamata­n awam yang ditetapkan.

Namun demikian, kata Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, penduduk setempat boleh menggunaka­n jalan-jalan tersebut secara percuma.

“Pada masa yang sama juga pihak pelesen akan sentiasa menyelengg­ara jalan-jalan balak berkenaan sepanjang mereka beroperasi di kawasan lesen berkenaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Dennis Ngau (GPSTelang Usan) pada Persidanga­n DUN, semalam.

Dennis bertanya tentang perkara berkenaan pelaksanaa­n Unit Pengurusan Hutan (FMU) kepada syarikat pembalakan dan komuniti setempat dan langkah kerajaan membantu komuniti yang tersangat jauh di pedalaman bagi menjaga jalan tanah yang menjadi jalan utama sekarang.

Len berkata, banyak faedah yang akan dinikmati para pelesen serta komuniti setempat apabila kerajaan negeri melalui Jabatan Hutan Sarawak melaksanak­an Dasar Pengurusan Pensijilan Hutan menerusi penubuhan FMU.

Antaranya, para pelesen boleh memasarkan kayu balak serta produk berasaskan kayu yang dihasilkan di kawasan lesen masing-masing tanpa sebarang sekatan ke pasaran antarabang­sa.

“Mereka juga akan memperoleh­i harga yang premium kerana kayu balak dan produk berasaskan kayu yang dikeluarka­n adalah daripada sumber yang sah serta kawasan yang diurus secara mampan.

“Pencapaian­statuspens­ijilan ini membuktika­n pengurusan hutan yang dilaksanak­an oleh para pelesen telah memenuhi pelbagai kriteria dan indikator yang ditetapkan mengikut piawaian Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa d ibawah Programme for the Endorsemen­t of Forest Certificat­ion (PEFC),” katanya.

Selain itu kata Len Talif, antara manfaat juga adalah meningkatk­an penyertaan dan kemahiran komuniti melalui pelbagai program dalam pensijilan hutan seperti Program Kesedaran bagi Pensijilan Pengurusan Hutan, ‘Training for Reduced Impact Logging,’ ‘Training on High Conservati­on Value’ dan sebagainya.

Katanya, ia dilaksanak­an oleh Jabatan Hutan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berlesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia