Utusan Borneo (Sarawak)

CIQS kekal baharu diperlukan di sempadan Telok Melano

-

Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS) kekal yang baharu diperlukan di Telok Melano untuk pergerakan sempadan yang lebih terkawal antara sempadan Sarawak dan Kalimantan.

Azizul Annuar Adenan (GPS-Tanjong Datu) dalam perbahasan­nya pada Persidanga­n Dewan Undangan

Negeri (DUN) Sarawak semalam berkata, sebagai tambahan kepada CIQS, rondaan sempadan harus diperkuatk­an.

“Saya sangat percaya bahawa kita memerlukan CIQS kekal yang baharu di sempadan Telok Melano.

“Dengan siapnya lebuh raya Sematan-Telok Melano, peluang adalah besar untuk penceroboh­an sempadan menerusi laut dan darat terutama menerusi Taman Negara Tanjong Datu,” katanya.

Terdahulu, Azizul yang berucap buat pertama kalinya sebagai ahli Dewan selepas memenangi kerusi Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri lepas berkata, isu keselamata­n sempadan banyak kali dibangkitk­an oleh penyandang sebelumnya.

Nampaknya, tidak banyak yang telah dicapai namun beliau berterima kasih kepada kerajaan Sarawak atas pembinaan Pos Kawalan

Sempadan Telok Melano Sementara dengan peruntukan RM500,000.

Pembinaan pos tersebut katanya, telah siap dan digunakan sepenuhnya ketika ini.

“Saya menekankan perkataan sementara kerana saya tidak mahu Pos Kawalan Sempadan ini kekal sementara.

“Jadi, saya menggesa pihak berkuasa yang relevan untuk lebih serius dalam perkara ini.

“Kita bertuah kerana setakat ini semasa sekatan pergerakan, tidak banyak pergerakan antara sempadan berlaku tetapi sekarang sempadan telah dibuka, kita perlu berjaga-jaga dan meningkatk­an keselamata­n kita,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia