Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Selampit, ADUN Opar harap dapat dilaksana tahun ini

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berharap projek pembinaan Jambatan Selampit di Lundu dapat dilaksanak­an tahun ini.

Menurut Billy, jambatan tersebut sangat diimpikan penduduk di Kampung Selampit dan Bitokan, kakitangan awam serta guru-guru yang mengajar di SK Selampit.

“Sehingga kini penduduk masih lagi menggunaka­n perahu untuk menyeberan­gi sungai Batang Kayan yang luas serta dihuni reptilia buaya.

“Berdasarka­n maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) semasa Mesyuarat Pembanguna­n Daerah, peruntukan sebanyak RM30 juta telah diluluskan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar.

“Namun sehingga kini pelaksanaa­n pembinaan Jambatan Selampit yang didambakan ribuan penduduk masih lagi menjadi igauan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan­nya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Selain Jambatan Selampit,

Billy turut berharap Jalan Kendaie-Pasir Hilir termasuk Kampung Bukit Batu dan Kampung Selampit dapat segera diturap.

Katanya, jalan utama menuju Kampung Kendaie bermula dari simpang Kampung Sedaing melalui Kampung Pasir Hilir seterusnya ke Kampung Kendaie yang dianggarka­n sepanjang 13 kilometer merupakan satusatuny­a jalan raya dalam kawasan Opar yang masih belum diturap.

Perkara ini katanya, sering dijadikan isu oleh pihak pembangkan­g setiap kali diadakan pilihan raya sama ada pilihan raya negeri mahupun parlimen.

Mengenai Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) Opar yang terbantut sejak 2006, Billy mencadangk­an agar tapak RGC tersebut diubah suai kegunaanny­a mengikut keperluan semasa dengan membina tempat Rehat dan Rawat (R&R).

Ini kerana katanya tapak berkenaan merupakan titik tengah bagi perjalanan dari Sematan ke Kuching dan sesuai untuk tempat R&R bagi menggantik­an RGC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia