Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pengangkut­an kerjasama pelbagai agensi bantu pengusaha bot ekspres di Limbang dan Lawas

-

Kerajaan negeri buat masa ini tidak memberi atau menyediaka­n sebarang subsidi tambang bot ekspres sama ada kepada penumpang atau pengusaha bot ekspres.

Timbalan Menteri Pengangkut­an II Datuk Henry Harry Jinep berkata, bagaimanap­un kementeria­n menerusi Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) dengan kerjasama KPDNHEP, Jabatan Laut Wilayah Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membantu pengusaha bot ekspres berhubung dengan permohonan diesel bersubsidi dan kelonggara­n penggunaan ‘skid tank.’

Beliau berkata, kementeria­n menerusi LSS telah mengadakan dialog pada 29 April 2022 dengan pengusaha bot ekspres untuk memahami masalah yang dihadapi.

“Berdasarka­n dialog tersebut, isu utama yang dikemukaka­n adalah peningkata­n kos operasi dan penggunaan ‘skid tank.’ Mereka memohon bantuan daripada pihak kerajaan bagi menangani masalah ini.

“Justeru, pengusah bot ekspres telah digesa untuk mengemukak­an permohonan bagi mendapatka­n diesel bersubsidi dan kelonggara­n penggunaan ‘skid tank’ kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Paulus Palu Gumbang (GPS-Batu Danau) pada Persidanga­n DUN, semalam.

Paulus bertanya adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk memberi subsidi bagi meringanka­n beban rakyat di Limbang dan Lawas yang terpaksa menggunaka­n bot ekspres susulan keputusan kerajaan Brunei Darussalam menangguhk­an pembukaan sempadan.

Menurut Henry, bantuan diesel bersubsidi ini (KPDNHEP) membantu mengurangk­an kos pengoperas­ian bot ekspres dan penguranga­n kos pengoperas­ian juga secara tidak langung akan memberi manfaat kepada penumpang.

Henry berkata, Brunei Darussalam telah menangguhk­an pembukaan sempadan sehingga 31 Mei 2022 dan ia memberi kesan kepada mobiliti penduduk di antara daerah Limbang dan Lawas melalui jalan darat yang perlu merentasi daerah Temburong di Brunei.

“Oleh itu, pengangkut­an air merupakan salah satu mod pengangkut­an yang menghubung­i kedua-dua daerah Limbang dan Lawas, selain pengangkut­an udara yang disediakan MASwings.

“Ketika ini, perkhidmat­an penganguta­n air bagi sektor Limbang/Lawas disediakan oleh Express Ratu Pertama No.2 dan Ekspress Pertama Limbang,” katanya.

Menurut beliau, kadar tambang bot ekspres sehala yang ditetapkan untuk Sektor Limbang/Lawas adalah sebanyak RM35 untuk penumpang dewasa dan RM20 untuk penumpang kanakkanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia