Utusan Borneo (Sarawak)

32 pegawai, anggota pelbagai agensi sertai MDERT 2022

Latihan simulasi mencapai sasaran ditetapkan, kali pertama diadakan selepas dua tahun berikutan pandemik COVID-19

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

“Latihan seperti ini kita rancang akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun kerana dapat mempersiap­kan pasukan kita yang boleh bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang ” kejadian bencana.

Dr Aou Tze Yang Pakar Kecemasan dan Trauma Hospital Miri

MIRI: Orang awam dalam perjalanan ke tempat kerja digemparka­n dengan kejadian ‘kemalangan’ melibatkan lima kereta yang bertembung sehingga mengakibat­kan tiga mangsa maut di kawasan perindustr­ian Eastwood di sini pagi semalam.

Jeritan meminta tolong daripada mangsa-mangsa terlibat memecah kesunyian keadaan kawasan perindustr­ian tersebut yang ketika kejadian mengalami cuaca hujan lebat.

Bagaimanap­un, ‘tragedi’ ini hanyalah lakonan semata-mata untuk latihan simulasi kemalangan melibatkan pelbagai agensi bagi program Latihan Tindak Balas Kecemasan Bencana Miri (MDERT) 2022.

Simulasi ini melibatkan seramai 32 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Hospital Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bulan Sabit Merah

Malaysia (BSMM).

Pemangku JBPM Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, latihan dimulakan dengan panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sarawak pada jam 9.05 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng telah ke lokasi dan tiba sekitar jam 9.10 pagi.

“Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohamad Hamdani Madon mendapati kejadian (kemalangan) melibatkan lima kereta dan terdapat 20 mangsa.

“Lima mangsa dikeluarka­n oleh orang awam, 15 mangsa dikeluarka­n oleh bomba dari zon merah dan dipindahka­n ke zon kuning dan hijau, manakala terdapat tiga mangsa meninggal dunia iaitu dua mangsa meninggal di kawasan zon merah dan seorang meninggal ketika menerima rawatan awal,” katanya dalam sidang media di lokasi tersebut.

Ahmad Nizam berkata, operasi oleh pasukan bomba ditamatkan sekitar jam 10.19 pagi dan mangsa yang ‘meninggal dunia’ diserahkan kepada pihak polis pada jam 10.20 pagi.

Sementara itu, Pakar Kecemasan dan Trauma Hospital Miri Dr Aou Tze Yang berkata, ini merupakan latihan simulasi yang pertama diadakan selepas dua tahun pihak hospital tidak mengadakan latihan sedemikian berikutan pandemik COVID-19.

“Latihan seperti ini kita rancang akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun kerana dapat mempersiap­kan pasukan kita yang boleh bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kejadian bencana.

“Secara keseluruha­nnya objektif latihan ini mencapai sasaran ditetapkan dan setiap agensi memainkan peranan penting masing-masing serta dari latihan ini kita semua boleh mengenal pasti di mana kelemahan yang ada untuk diperbaiki pada masa akan datang,” ujarnya.

Latihan simulasi kemalangan ini merupakan kemuncak bagi program MDERT 2022 yang telah berlangsun­g selama tiga hari bermula Rabu lepas dan berakhir semalam.

Pada Rabu dan Khamis lepas, para peserta terlibat dalam program ini telah mengikuti kursus pengurusan bencana yang diadakan di Hospital Miri.

 ?? ?? CUBA SELAMAT: Kelihatan dua orang doktor wanita cuba memastikan mangsa yang kritikal menerima rawatan awal sebaiknya.
CUBA SELAMAT: Kelihatan dua orang doktor wanita cuba memastikan mangsa yang kritikal menerima rawatan awal sebaiknya.
 ?? ?? OPERASI: Anggota bomba berusaha ‘menyelamat­kan’ mangsa yang masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
OPERASI: Anggota bomba berusaha ‘menyelamat­kan’ mangsa yang masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.
 ?? ?? BERSIHKAN: Anggota bomba membersihk­an sisa-sisa tumpahan minyak di atas jalan raya akibat ‘kemalangan’ terbabit.
BERSIHKAN: Anggota bomba membersihk­an sisa-sisa tumpahan minyak di atas jalan raya akibat ‘kemalangan’ terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia