Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagaika­n produk daripada pisang untuk jana pendapatan

Sertai kursus untuk meningkatk­an kemahiran hasilkan produk Majang rasmi Pasar Gawai Dayak Bintulu

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Tanaman pisang mampu menghasilk­an pelbagai produk hiliran jika diusahakan secara kreatif, kata Penolong Pegawai Pertanian Pusat Latihan Pertanian (PLP) Sungai Paoh Tiram Mengga.

Katanya, kini tanaman pisang mempunyai pasaran luas dan boleh digunakan bagi menghasilk­an pelbagai produk.

“Jika dahulu, selain dimakan terus, hasil pisang turut dijadikan produk makanan seperti cucur pisang sahaja.

“Tetapi, pisang boleh digunakan menghasilk­an produk lain seperti keropok, kuih pisang serta produk lain terutama berasaskan makanan.

“Bagi mengangkat penghasila­n produk ini dan memberi keyakinan serta maklumat baharu berkaitan tanaman ini, kita menjemput petani, pekebun serta penghasil produk makanan menyertai kursus memantapka­n kemahiran serta menambah pengetahua­n mereka menghasilk­an produk-produk baharu berasaskan bahan mentah seperti pisang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media bagi mengulas berkaitan penganjura­n Kursus Pembuatan Kerepek Pisang anjuran Jabatan Pertanian di Pusat Latihan Pertanian Sungai

“Tetapi, pisang boleh digunakan menghasilk­an produk lain seperti keropok, kuih pisang serta produk lain ” terutama berasaskan makanan.

Tiram Mengga Penolong Pegawai Pertanian PLP Sungai Paoh

Paoh Sarikei, baru-baru ini.

Seramai 25 peserta berjaya menamatkan kursus pembuatan kerepek pisang tersebut.

Menurut Tiram, kursus pembuatan kerepek pisang ini diadakan untuk berkongsi dan membimbing petani berminat mendalami ilmu kemahiran dalam bidang agromakana­n.

“Pada masa kini, kebanyakan petani hanya tahu tanaman yang ditanam selain dimakan begitu sahaja.

“Contohnya, pisang tanduk boleh dibuat kerepek dan mempunyai potensi besar untuk dikomersia­lkan. Dengan menghadiri kursus ini, kita berharap peserta tahu cara mempelbaga­ikan produk masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Minang Jelinggai, 47, melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana berpeluang menghadiri kursus pembuatan kerepek pisang.

“Ini adalah sesuatu baharu bagi saya mudah-mudahan berkat ilmu dan tunjuk ajar tenaga pengajar sepanjang kursus ini saya dapat mempelbaga­ikan usaha selepas ini.

“Dengan berniaga kerepek pisang menambah pendapatan keluarga. Malah, saya juga berkongsi dengan ahliahli Biro Wanita di rumah panjang saya mengenai setiap ilmu yang saya dapat setelah tamat kursus ini.

“Dengan ini mereka juga boleh mempraktik­kannya untuk kemajuan bersama,” katanya berasal dari Sungai Lemayung, Batu 2, Jalan Entabai, Pakan.

Kursus pembuatan kerepek pisang di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Sungai Paoh Sarikei dikendalik­an oleh Pembantu Pembanguna­n Masyarakat PLP Sungai Paoh, Rabatul Adawiyah.

BINTULU:TimbalanMe­nteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Datuk Majang Renggi merasmikan Pasar Gawai Dayak Bintulu di Tamu Emart Bintulu, Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini, baru-baru ini.

Pasar Gawai Dayak tersebut merupakan anjuran Persatuan Pembanguna­n Dayak Bintulu (BANGUN).

Pada masa sama, beliau meluangkan masa melihat pelbagai juadah, hasil kraf tangan dan sebagainya dijual di pasar itu.

Majang dalam hantaran di Facebook rasminya berharap penganjura­n pasar seumpama itu dapat membantu melonjak ekonomi peniaga terlibat sekali gus memperkuku­h perpaduan kalangan masyarakat setempat.

 ?? ?? KURSUS: Peserta kursus pembuatan kerepek pisang sejurus selesai menghadiri kursus tersebut.
KURSUS: Peserta kursus pembuatan kerepek pisang sejurus selesai menghadiri kursus tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia