Utusan Borneo (Sarawak)

Ling temui Hamzah bincang isu kewarganeg­araan di Sarawak

-

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di pejabat menteri di Putrajaya, barubaru ini.

Kunjungan berkenaan turut disertai Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Menurut Ling, kunjungan pihaknya bertujuan untuk membincang­kan permohonan kewarganeg­araan di Sarawak dan pejabat beliau di Miri telah membantu untuk membuat rayuan serta mengikuti perkembang­an status kewarganeg­araan daripada pemohon.

“Pihak kami juga telah berjumpa dengan pegawai bertanggun­gjawab menguruska­n berkaitan kewarganeg­araan di mana kami telah mendapat serba sedikit penerangan daripada

Bahagian Kewarganeg­araan tentang permohonan yang dikemukaka­n,” jelasnya.

Ling berharap pihak kementeria­n dapat menyelesai­kan isu itu kerana pemohon mampu menjadi aset kepada pembanguna­n ekonomi negara.

“Sekiranya mereka kekal tanpa status kewarganeg­araan tetapi masih tinggal di negara kita, mereka tidak dapat merasai manfaat yang diperoleh oleh warganegar­a yang lain,” kata Ling.

Selain itu katanya, mereka yang tidak mempunyai taraf kewarganeg­araan juga mengalami kesukaran untuk mendaftar perkahwina­n.

Beliau khuatir, pelbagai masalah baharu akan timbul termasuk gejala sosial disebabkan kekangan dan kekurangan dianggap sebagai warga asing.

Ling yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak meletakkan harapan yang besar agar pertemuan itu akan membuahkan hasil serta memberikan peluang yang cerah kepada mereka yang memohon taraf kewarganeg­araan Malaysia.

Beliau menzahirka­n rasa terim kasih kepada Hamzah dan pegawai atas kesudian meluangkan masa untuk bertemu serta berkongsi pendapat tentang isu dibangkitk­an.

 ?? ?? PERTEMUAN: Ling (kiri) berjabat tangan dengan Hamzah ketika pertemuan di Putrajaya, baru-baru ini
PERTEMUAN: Ling (kiri) berjabat tangan dengan Hamzah ketika pertemuan di Putrajaya, baru-baru ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia