Utusan Borneo (Sarawak)

Gawai: Jualan ‘ayam pencen’ di Sibu agak perlahan

-

Jualan ayam tua hidup atau lebih dikenali sebagai ‘ayam pencen’ di sini untuk musimperay­aanGawaiDa­yak tahun ini, agak perlahan.

Meskipun perayaan Gawai berbaki kurang dari dua minggu lagi, peniaga berasakan aktiviti perniagaan ‘ayam pencen’ mereka kurang meriah.

Seorang peniaga ‘ayam pencen’ di sebuah pasar di sini mendakwa, kenaikan harga ayam dan barangan keperluan harian lain menjadi faktor utama orang ramai kurang membeli ‘ayam pencen.’

“Tahun ini harga ayam memang ada naik kerana pihak pembekal telah menaikkan harga. Jika kami tidak menaikkan harga, kami akan mengalami kerugian.

“Pada masa ini, jumlah keuntungan kami juga sangat kecil, lebih-lebih lagi dengan jualan yang tidak mendapat sambutan,” kata peniaga itu tanpa mahu mendedahka­n namanya.

Katanya, jika sebelum pandemik COVID-19, ‘ayam pencen’ dijual belasan ringgit seekor, kini harga telah mencecah RM20 seekor.

Beliau berkata, harga itu juga perlu mengambil kira kos pembungkus­an dan sebagainya.

“Beg plastik, tali nilon dan surat khabar lama yang digunakan untuk membungkus ayam, semuanya telah naik harga dengan ketara sekali. Ini secaratida­klangsungm­emberi kesan kepada kenaikan harga ayam,” katanya.

Beliau berkata lagi, pada masa ini dia hanya menjual kira-kira dua sangkar (12 ekor dalam sesangkar) sehari, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana dia mampu menjual lima hingga lapan sangkar ayam sehari.

“Jika berterusan seperti ini, saya mungkin terpaksa gulung tikar.

“Kalau boleh, kami tidak mahu membebanka­n pengguna, lebih-lebih lagi musim perayaan Gawai ini, tetapi masalah kenaikan harga ini bukan sahaja membebanka­n pengguna, tetapi kami peniaga juga,” katanya.

Ditanya mengenai bekalan ‘ayam pencen,’ beliau berkata, itu bergantung kepada pembekal, tetapi tidak menolak kemungkina­n bekalan ‘ayam pencen’ adalah mencukupi.

Sementara itu, seorang penjual ayam sembelih segar yang mahu dikenali sebagai Zam berkata, jualan untuk ayam yang telah disembelih tidak mempunyai masalah bekalan pada musim perayaan Gawai dan harga masih mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Untuk perayaan Gawai, saya tidak mempunyai masalah berkaitan bekalan ayam segar yang telah disembelih.

“Ini kerana, setiap tahun kebiasaann­ya permintaan bekalan ayam hidup (ayam pencen) yang meningkat,” katanya yang menjual ayam sembelih segar secara dalam talian.

 ?? ?? JUALAN PERLAHAN: ‘Ayam pencen’ yang dijual di sebuah pasar di Sibu.
JUALAN PERLAHAN: ‘Ayam pencen’ yang dijual di sebuah pasar di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia