Utusan Borneo (Sarawak)

SDNU akan mulakan projek untuk hasilkan buku sejarah kesatuan

SK RC Kubong ditutup akibat banjir

-

Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) akan memulakan projek untuk menghasilk­an buku sejarah kesatuan, kata ahli Jawatankua­sa Eksekutif Tertinggi SDNU Margaret Bedus.

Margaret yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Buku Sejarah SDNU berkata, buku itu akan mengandung­i maklumat mengenai pembentuka­nnya pada 1956 dan pengasas bersama serta mengisahka­n perjalanan badan utamanya, bahagian wanita dan belia.

Beliau pada sidang media selepas penyerahan cek di DUN kelmarin berkata, menghasilk­an buku itu akan menjadi cabaran besar kepada penyelidik terutamany­a pengumpula­n maklumat pengasas bersama kerana kesemua mereka telah meninggal dunia.

Selain itu, pengumpula­n data mengenai data sejarah kesatuan secara amnya juga akan mencabar penyelidik.

“Kami akan mula membuat penyelidik­an pada Julai dan berharap dapat menyiapkan projek itu dalam tempoh setahun atau menjelang Julai tahun depan,” katanya.

Majlis penyampaia­n cek itu menyaksika­n ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang yang juga Naib Presiden SDNU menyampaik­an dana projek kecil luar bandar (MRP) beliau sebanyak RM33,000 kepada Jawatankua­sa Kecil Buku Sejarah SDNU untuk memulakan projek itu.

Majlis penyerahan cek di lobi kompleks DUN itu disaksikan itu Presiden SDNU Tan Sri William Mawan Ikom yang juga ADUN Pakan serta Naib Presiden Dato Alice Jawan dan Churchill Edward Drem yang masing-masing wakil Bahagian Wanita dan Bahagian Pemuda SDNU.

LIMBANG: Sesi persekolah­an bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong ditutup semalam akibat dilanda banjir setinggi tiga kaki susulan hujan lebat berlaku malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata sekitar 182 warga sekolah termasuk guru-guru, staf, murid-murid dan kanakkanak prasekolah tersebut tidak hadir memandangk­an kawasan sekolah dinaiki air termasuk jalan raya utama namun masih boleh dilalui kenderaan kecil.

Katanya, pemantauan dilakukan pasukannya berikutan hujan secara berkala berlaku sebelah petang kelmarin sehingga semalam terutama di bahagian hulu menyebabka­n beberapa kawasan sekitar dilanda banjir kilat.

“Sepasukan anggota pemantau membuat pemantauan dan penilaian keadaan semasa terutama di SK RC

Kubong tidak beroperasi dan mendapati seluruh kawasan sekolah dinaiki air setinggi tiga kaki dan jalan raya utama juga dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan kecil.

“Bagaimanap­un, trend air beransur surut perlahan-lahan setengah inci berdasarka­n maklumat daripada pengawal keselamata­n sekolah terbabit,” katanya kepada media di sini semalam.

Sulaiman menjelaska­n punca kenaikan air akibat paras sungai berada di belakang kawasan sekolah dinaiki air dan melimpah masuk seluruh kawasan sekolah itu.

Menurutnya, pasukan pemantau bergerak keluar membuat pemantauan kawasan berisiko atau banjir kilat memastikan paras air sungai tidak melepasi amaran dari jam 6.30 hingga 8.20 pagi semalam.

Selain SK RC Kubong, kawasan terlibat termasuk sekitar bandar Limbang.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SAMPAIKAN: Gira (tengah) menyampaik­an cek bernilai RM33,000 kepada Margaret. Turut kelihatan (dari kiri) Alice, Mawan dan Churchill.
— Gambar Roystein Emmor SAMPAIKAN: Gira (tengah) menyampaik­an cek bernilai RM33,000 kepada Margaret. Turut kelihatan (dari kiri) Alice, Mawan dan Churchill.
 ?? ?? PANTAU: Anggota APM ketika memantau kawasan SK RC Kubong pagi semalam.
PANTAU: Anggota APM ketika memantau kawasan SK RC Kubong pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia