Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Sibu catat 13 kes kematian akibat rabies dalam tempoh 17 bulan

-

Tiga belas kes kematian akibat rabies direkodkan di Bahagian Sibu dalam tempoh Januari 2021 sehingga 19 Mei 2022.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu menerusi kenyataan kelmarin berkata Daerah Sibu mencatatka­n tujuh kes kematian, Selangau (empat) dan Kanowit (dua).

Dua kes pula melibatkan mangsa berumur bawah 12 tahun iaitu masing-masing berumur 11 tahun dan kanakkanak­berumurtig­a tahun,iaitu kes kematian paling muda.

Bilangan kes kematian membabitka­n golongan berumur antara 15 hingga 30 tahun mencatatka­n sebanyak tiga kes kematian iaitu masing-masing berumur 16 tahun, 17 tahun dan 21 tahun.

Lapan kes kematian pula membabitka­n mangsa berumur 31 tahun ke atas.

Sebanyak 12 kes adalah berpunca daripada kes gigitan anjing yang tidak divaksinas­i rabies.

Hanya satu kes kematian melibatkan gigitan anjing yang pernah divaksinas­i rabies iaitu terdiri daripada anjing peliharaan, anjing liar dan diambil sebagai haiwan peliharaan, anjing yang bertuan tetapi bergerak bebas di luar kawasan rumah dan anjing liar sepenuhnya.

“Semua kes kematian ini juga tidak mendapat rawatan luka gigitan yang sewajarnya.

“Kematian rabies manusia boleh dicegah dengan mengamalka­n langkah pencegahan dan kawalan seperti yang disarankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu seperti mengelak mengambil anjing liar sebagai haiwan kesayangan, memastikan anjing peliharaan lengkap divaksin rabies dan tidak bebas berkeliara­n di luar kawasan rumah tanpa pemantauan pemilik.

“Selain itu, segera mencuci luka gigitan atau cakaran anjing dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya selama 15 minit dan kemudian segera mendapatka­n rawatan di premis kesihatan berdekatan dan patuhi arahan pihak kesihatan,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia