Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya sebuah kilang ternakan ayam ditutup dua hari, tidak jejaskan bekalan

-

wujud sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang akan menutup ladang ternakan selama dua hari bermula Sabtu ini sehingga menjejaska­n bekalan ayam di pasaran adalah tidak benar, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pihaknya sebaliknya dimaklumka­n terdapat hanya sebuah kilang ternakan ayam di Melaka akan ditutup selama dua hari, dan penutupann­ya tidak akan menjejaska­n bekalan di

DAKWAAN

pasaran.

“Kita terima surat penjelasan daripada syarikat yang dikatakan akan tutup ladang mereka. Penjelasan mereka tidak menggambar­kan itu sebagai kartel untuk mengambil keuntungan berlebihan.

“Walaupun (ia) syarikat besar tetapi kita telah pastikan penutupan dua hari tidak jejaskan bekalan ayam di pasaran,” katanya ketika dalam sidang media selepas melancarka­n logo barang subsidi dan barang kawalan di kementeria­nnya di Putrajaya, kelmarin.

Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam 60 sen.

Berita itu mendapat perhatian ramai kerana ia bukan sahaja bakal meningkatk­an harga ayam di pasaran, malah jika benar, pengguna pula perlu berebut untuk mendapatka­n bekalan ayam yang terhad.

Nanta berkata pasukan yang ditubuhkan Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat industri ayam dijangka membentang­kan hasil siasatan lengkapnya pada Julai ini.

“Harap bulan Julai nanti ada keputusan dan langkah tertentu untuk tangani masalah seperti kartel ayam,” katanya.

Sementara itu di MELAKA, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata, saiz ayam yang tidak mencapai standard tertentu merupakan faktor beberapa ladang ayam di sini mengambil tindakan menutup operasi selama dua hari.

“Ia bukan sebab protes seperti mana yang didakwa, dan kami ada menerima notis penutupan, malah ketika kita pergi memeriksa ke ladang pada Rabu, memang keadaan fizikal ayam itu kurang daripada sepatutnya, sekitar 1.1kilogram (kg) hingga 1.2kg berbanding 1.8kg hingga 2kg. Keadaan ini tidak sesuai untuk dijual.

“Namun saya rasa ia bukan satu masalah dari segi bekalan di sini sebab Melaka mempunyai dua pengeluar utama di samping banyak pengeluar kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Pengguna Bestari, Sentuhan Kasih Aidilfitri KPDNHEP Melaka kelmarin.

Norena seterusnya menegaskan tiada keperluan untuk pembelian ayam secara banyak (stokpile) oleh pengguna memandangk­an tiada isu kekurangan bekalan di

Melaka.

Jelasnya pembelian secara berlebihan untuk dijadikan stok hanya akan menyusahka­n pihak lain terutama pada ketika ini sambutan Hari Raya masih diraikan.

“Jadi jangan panik kerana bekalan ayam tiada masalah dan dalam masa yang sama, harga masih kekal dengan RM8.90 sekilogram,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan bekalan tepung gandum berkuranga­n di Melaka, beliau menjelaska­n bekalan masih stabil dengan 11 jenama tepung yang diberikan subsidi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYAMPAIA­N HADIAH: Nanta (tengah) menyampaik­an hadiah pertanding­an mencipta logo Barang Subsidi dan Barang Kawalan kepada Jesslyn Lai (dua kanan) sambil disaksikan oleh Rosol (dua kiri) semasa majlis pelancaran logo itu dan Perhimpuna­n Bulanan Warga Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama PENYAMPAIA­N HADIAH: Nanta (tengah) menyampaik­an hadiah pertanding­an mencipta logo Barang Subsidi dan Barang Kawalan kepada Jesslyn Lai (dua kanan) sambil disaksikan oleh Rosol (dua kiri) semasa majlis pelancaran logo itu dan Perhimpuna­n Bulanan Warga Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? LOGO BARANG: Nanta (dua kanan) dan Rosol (dua kiri) menunjukka­n logo Barang Subsidi dan Barang Kawalan semasa majlis Perhimpuna­n Bulanan Warga Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama LOGO BARANG: Nanta (dua kanan) dan Rosol (dua kiri) menunjukka­n logo Barang Subsidi dan Barang Kawalan semasa majlis Perhimpuna­n Bulanan Warga Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia