Utusan Borneo (Sarawak)

Perak tumpu kurangkan kadar keciciran murid: Saarani

-

Perak akan memberi tumpuan mengurangk­an kadar keciciran murid dan memastikan golongan seperti murid Orang Asli dan peribumi, murid berkeperlu­an khas dan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat pendidikan sewajarnya.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia bagi memastikan golongan berkenaan turut menerima pendidikan seperti murid lain.

“Di samping itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan negeri telah menyediaka­n pelbagai peruntukan khas dengan memberi bantuan peranti dan kemudahan Internet kepada murid B40 semasa tempoh pandemik COVID-19 bagi membolehka­n

KERAJAAN

mereka meneruskan pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR).

“Anak-anak haruslah mampu berdepan bukan sahaja dengan keperluan pasaran kerja semasa tetapi bersedia menjadi anggota masyarakat yang berakhlak mulia dan bertamadun serta mampu berdaya saing pada peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Perak Tahun 2022 bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim kelmarin.

Dalam pada itu, Saarani berkata guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dalam melaksanak­an tugas daripada biasa kepada luar biasa, berdaya saing, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta berfikiran kelas dunia.

“Bagi menterjema­hkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan tahap tinggi sejajar dengan transforma­si yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan, bagi menghasilk­an persekitar­an sekolah berkualiti seterusnya memastikan kemenjadia­n murid berdasarka­n kepada potensi sebenar mereka.

“Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini guru-guru mestilah memiliki kompetensi yang tinggi dalam pelbagai aspek terutama dalam pengajaran dan pembelajar­an, mengamalka­n budaya penyayang dan menjadi suri teladan agar dapat melahirkan murid yang kalis masa hadapan,” katanya.

Saarani berkata guru juga perlu mempunyai hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap anak bangsa mempunyai pengetahua­n, kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Menurutnya ia bagi melahirkan insan yang bakal menerajui negara ke arah negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Terdahulu, pada majlis itu, bekas Pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Gantang, Parit Buntar Mohd Sa’ad Hashim dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Perak 2022 manakala bekas Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mat Lazim Idris dianugerah­kan Tokoh Kepimpinan Negeri Perak 2022. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PERASMIAN: Saarani (tengah) bersama pelajar sekolah pada gimik perasmian sambutan Hari Guru peringkat negeri 2022 yang bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, kelmarin.
— Gambar Bernama GIMIK PERASMIAN: Saarani (tengah) bersama pelajar sekolah pada gimik perasmian sambutan Hari Guru peringkat negeri 2022 yang bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? TOKOH GURU: Mohd Sa’ad dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Perak yang disempurna­kan oleh Saarani pada sambutan Hari Guru peringkat negeri 2022 bertemakan‘GuruTunjan­g Sekolah Sejahtera’ di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelmarin.
— Gambar Bernama TOKOH GURU: Mohd Sa’ad dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Perak yang disempurna­kan oleh Saarani pada sambutan Hari Guru peringkat negeri 2022 bertemakan‘GuruTunjan­g Sekolah Sejahtera’ di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia