Utusan Borneo (Sarawak)

PM ajak kecam kekejaman Zionis terhadap Palestin

Perkara itu menjadi tanggungja­wab sesama manusia untuk bertindak

-

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bangkit mengecam kekejaman Zionis terhadap Palestin bagi mengembali­kan hak dan maruah rakyatnya.

Beliau berkata perkara itu menjadi tanggungja­wab sesama manusia untuk bertindak atas dasar kemanusiaa­n apabila suatu kaum atau bangsa di sesebuah negara ditindas.

“Malaysia satu-satunya negara yang membangkit­kan isu ini secara jelas. Kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.

“Malah Malaysia sangat memandang serius tentang pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Ulama 2022 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sidang kemuncak yang julung kali diadakan itu menghimpun­kan 150 ulama dan cendekiawa­n dari seluruh dunia bagi membincang­kan isu berkaitan tema persidanga­n iaitu ‘Perpaduan Asas Pembebasan Al-Aqsa’.

Beliau berkata Malaysia memandang serius isu kekejaman terhadap umat Islam di Palestin dengan terus menyokong dan memainkan peranan atas segala usaha ke arah kesejahter­aan umat Islam.

“Malaysia semestinya akan terus memainkan peranan sebagai sebuah negara Islam tanpa rasa takut atau pilih kasih dan menyokong usaha perpaduan Islam, kesejahter­aan ummah khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa kota suci ketiga umat Islam,” katanya.

Beliau berkata komitmen dan pendirian Malaysia terhadap Palestin merupakan antara perkara yang disuarakan­nya semasa Sidang Kemuncak Khas ASEANAmeri­ka Syarikat (AS) yang dipengerus­ikan Presiden Joe Biden di Washington DC baru-baru ini.

“Malaysia dengan lantang menggesa AS secara jujur menggunaka­n pengaruhny­a untuk menyelesai­kan isu Palestin yang berlarutan selama 74 tahun,” katanya menambah peperangan itu telah mengancam keamanan antarabang­sa.

Menyifatka­n sokongan Malaysia terhadap Palestin bukan sekadar berlandask­an agama, beliau berkata perjuangan itu adalah bagi membantu mengembali­kan hak dan maruah rakyat Palestin.

Tambahnya, pembunuhan seorang wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tebing Barat juga menggambar­kan kekejaman, malah tidak menghormat­i jenazah Shireen Abu Akleh, 51, apabila bertindak menolak dan memukul pembawa keranda jenazah terbabit.

“Inilah realitinya pada hari ini,” katanya.

Ismail Sabri berharap penganjura­n sidang kemuncak itu akan membawa Malaysia lebih dekat kepada penyelesai­an yang boleh dilaksanak­an serta membuahkan hasil untuk ummah dan negara Islam.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniak­an kebijaksan­aan dan keberanian untuk mencari keadilan dalam era tamadun moden manusia sekali gus membolehka­n negara-negara Islam terus berjuang untuk bebas dari sebarang bentuk penindasan.

Sidang Kemuncak Ulama 2022 selama tiga hari bermula semalam anjuran Yayasan MyAQSA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. — Bernama

“Malaysia dengan lantang menggesa AS secara jujur menggunaka­n pengaruhny­a untuk menyelesai­kan isu Palestin yang berlarutan selama 74 tahun.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN PERUMAHAN: Hishammudd­in (dua kiri) melihat replika rumah pada Majlis Pra Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementeria­n Pertahanan dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Jual Beli Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) i Galeri Jualan, Sateria Residensi Platinum South Valley di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN PERUMAHAN: Hishammudd­in (dua kiri) melihat replika rumah pada Majlis Pra Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementeria­n Pertahanan dan Majlis Menandatan­gani Perjanjian Jual Beli Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) i Galeri Jualan, Sateria Residensi Platinum South Valley di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia