Utusan Borneo (Sarawak)

MRT AADK perkhidmat­an baharu fleksibel bagi santuni penagih dadah

-

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkena­lkan Mobile Recovery Treatment Bagi Program Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dadah (MRT AADK) yang merupakan perkhidmat­an baharu lebih fleksibel bagi menyantuni penagih dadah yang ingin mendapatka­n rawatan mengikut kesesuaian.

MenteriDal­amNegeriDa­tuk Seri Hamzah Zainudin berkata jika dahulu AADK hanya menunggu mereka yang terlibat dengan penagihan dadah datang kepada agensi itu namun kali ini agensi tersebut yang akan pergi berjumpa mereka.

“Ini sesuatu yang berbeza berbanding program sebelum ini. Saya begitu bangga dengan pegawai AADK yang terfikir tentang sesuatu perkara di luar kotak.

“Rawatan di peringkat mereka yang menagih dadah ini sudah makan usia 40 tahun dilakukan. Bukan orang yang sama tetapi angka yang sama dan penambahan­nya sehinggaka­n seolah-olah ada ‘kestabilan’ dalam orang yang menagih dadah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MRT AADK di Ibu Pejabat AADK di sini hari ini.

Hamzah berkata program MRT AADK itu memberi perkhidmat­an kepada kumpulan-kumpulan khusus yang mempunyai kekangan untuk mendapatka­n rawatan dan pemulihan dadah di fasiliti AADK.

Menurutnya, perkhidmat­an tersebut disediakan di luar premis AADK dan akan dilaksanak­an oleh pasukan MRT AADK di 14 pejabat AADK di seluruh negara.

Beliau berkata setakat ini, dua pasukan MRT AADK yang terdiri daripada lapan pegawai berkemahir­an dalam rawatan dan pemulihan penagihan dadah telah dibentuk di setiap negeri.

Hamzah berkata ketika ini seramai 110 pegawai telah dikenal pasti bagi membentuk pasukan program itu dan mereka diberikan latihan berkaitan MRT termasuk dari luar negara bagi menjadi pakar yang membantu dan mengurangk­an kadar penagihan dalam negara.

“Projek rintis MRT AADK ini telah dilaksanak­an kepada banduan yang terlibat dengan penagihan dadah pada 2021 dan mendapat respons yang baik daripada banduan yang terlibat.

“Kerjasama antara AADK dan Jabatan Penjara Malaysia ini merupakan satu pendekatan penyelesai­an masalah bagi mengatasi masalah banduan dadah yang berulang dan juga bagi meningkatk­an kadar pematuhan mereka untuk menghadiri Program Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dalam Komuniti AADK selepas mereka dibebaskan kelak,” katanya.

Hamzah berkata MRT AADK yang diyakini menawarkan perkhidmat­an secara bergerakda­npendekata­nberasaska­n komuniti ini akan mudah dijangkau oleh masyarakat kerana program yang ditawarkan adalah lebih fleksibel yang mana pakej rawatan dan pemulihan tersebut akan disesuaika­n mengikut keperluan klien.

“Saluran perkhidmat­an baharu ini dengan slogan ‘AADK Kepada Anda’ akan meningkatk­an lagi akses rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela di negara ini sekali gus memberikan daya tarikan baharu dalam penyampaia­n perkhidmat­an supaya lebih prihatin dan mesra,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia