Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC saran setiap negeri lahirkan produk pelanconga­n baharu

-

Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menyaranka­n setiap negeri supaya melahirkan produk pelanconga­n baharu bagi memperkasa­kan lagi sektor itu sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penjenamaa­n semula setiap produk pelanconga­n juga amat digalakkan bagi menonjolka­n lagi kekuatan sektor pelanconga­n di setiap negeri.

“Selain pelancong tempatan sendiri, kita juga dapat permintaan dari luar untuk menonjolka­n produk (pelanconga­n) baharu di negara ini… memang ada permintaan terutama dari India yang nak letakkan Malaysia sebagai destinasi perkahwina­n mereka.

“Kekangan kita sekarang ialah kurang promosi sebab kita anggap produk sudah ada, jadi selepas pandemik ni kita kena lebih agresif untuk mempromosi­kan dan tonjolkan produk (pelanconga­n) termasuk yang baharu,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara itu, ditanya adakah nilai ringgit yang semakin menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan memberi impak kepada sektor pelanconga­n negara, Nancy berkata dari sudut pelanconga­n isu itu agak ‘terasing’.

“Setakat ini dari segi mobiliti pelancong masih belum menunjukka­n sebarang kesan, mungkin ada kenaikan harga barang tapi dari sudut pelanconga­n ia terasing, hotel-hotel kita penuh.

“Kementeria­n juga memberi subsidi dalam bentuk baucar berkaitan pelanconga­n, bagi bantuan untuk mengurangk­an beban dan menggalakk­an pelancong terutama domestik untuk bergerak,” katanya.

Beliau berkata pelancong sendiri sebenarnya perlu bijak menilai apabila ditawarkan perkhidmat­an pada harga tertentu dan kebiasaann­ya pelancong sendiri memilih kadar yang mahal untuk perkhidmat­an yang lebih berkualiti.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata program semalam memberi nilai tambah kepada Terengganu untuk menonjolka­n produk-produk pelanconga­n yang ada di negeri itu dalam usaha melonjakka­n kembali sektor berkenaan dalam fasa peralihan ke endemik.

“Program (MRTM) seperti ini telah meletakkan negeri ini sebagai tumpuan seluruh negara, jarang ada peluang begini… selepas ini pemain industri pelanconga­n juga boleh menggunaka­n media sosial dengan lebih agresif dan memberi nilai tambah terhadap produk mereka agar dapat tarik pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MASAK: Nancy (dua kiri) dan Ahmad Samsuri (dua kanan) mengacau kari daging pada Program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama MASAK: Nancy (dua kiri) dan Ahmad Samsuri (dua kanan) mengacau kari daging pada Program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Nancy (dua kanan) dan Ahmad Samsuri (dua kiri) membantu sukarelawa­n menyediaka­n bahan untuk memasak pada Program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Nancy (dua kanan) dan Ahmad Samsuri (dua kiri) membantu sukarelawa­n menyediaka­n bahan untuk memasak pada Program Rewang Raya sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Masjid Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia