Utusan Borneo (Sarawak)

MR D.I.Y. meriahkan sambutan Hari Raya di dua rumah kebajikan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

Bagi memastikan tiada siapa pun yang ketinggala­n dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) melalui pasukan tanggungja­wab korporat sosialnya, MR D.I.Y. CARES baru-baru ini telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik di dua rumah kebajikan sempena sambutan perayaan tersebut.

Dua rumah kebajikan yang terlibat ialah Mesra Home Ampang dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin.

Pasukan sukarelawa­n tersebut mengadakan beberapa aktiviti di dua rumah terlibat termasuk sesi gotong-royong, permainan, nyanyian dan sesi berbuka puasa. Setiap rumah kebajikan menerima bekalan barangan keperluan harian, kelengkapa­n elektrik serta baucar tunai bernilai RM1,000 daripada MR D.I.Y dan MR. DOLLAR bagi membantu mereka mendapatka­n barangan keperluan harian.

Bersesuaia­n dengan tradisi Hari Raya Aidilfitri, MR D.I.Y. juga memberikan duit raya kepada para penghuni rumah kebajikan terbabit.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, program tersebut telah menjadi tradisi MR D.I.Y. sejak sekian lama untuk bekerjasam­a dengan kumpulan komuniti dan organisasi setempat bagi memastikan golongan yang memerlukan turut dapat meraikan perayaan.

“Inilah sebabnya MR D.I.Y. berusaha gigih pada tahun ini dengan inisiatif ‘Raya Serba Baharu’. Dalam norma baharu ini, kami ingin memastikan semua rakyat Malaysia dapat beraya dengan sempurna, dan tiada sesiapa yang akan ketinggala­n.”

“Kami ingin mencipta kenangan Hari Raya yang bermakna, dan kami berharap lebih banyak syarikat korporat akan turut menjalanka­n inisiatif yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada dua rumah kebajikan tersebut, MR D.I.Y. juga menyampaik­an sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 14 rumah kebajikan lain di seluruh negara.

Tonton video perayaan Hari Raya MR D.I.Y. di laman Youtube rasminya: https://www.youtube.com/ watch?v=lTeyVlNZfp­Y. Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com. my, dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.

 ?? ?? DEKAT DI HATI: MR D.I.Y. meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin, Cheras, Kuala Lumpur.
DEKAT DI HATI: MR D.I.Y. meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim & Miskin, Cheras, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia