Utusan Borneo (Sarawak)

Wira ‘Hotel Rwanda’ ditahan secara salah oleh Kigali: AS

-

Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata wira “Hotel Rwanda” Paul Rusesabagi­na telah “ditahan secara salah” oleh Kigali, yang menjatuhka­nnya hukuman penjara selama 25 tahun.

Rusesabagi­na, yang memiliki taraf penduduk tetap AS dan kerakyatan Belgium, telah mengecam Presiden Rwanda Paul Kagame sebagai seorang diktator dan dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah atas tuduhan “keganasan”.

“Jabatan Negara telah menetapkan Paul Rusesabagi­na sebagai ditahan secara salah,” menurut seorang jurucakap agensi tersebut.

“Penetapan itu mengambil kira totaliti bagi keadaan, terutama kekurangan jaminan bagi perbicaraa­n secara adil,” jelasnya.

Keputusan itu memerlukan Jabatan Negara, yang sebelum ini menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai kes, untuk berusaha bagi membebaska­nnya.

Rusesabagi­na, merupakan seorang pengurus hotel Kigali, telah dipuji kerana menyelamat­kan beratusrat­us nyawa ketika genosid 1994 dan tindakanny­a menjadi inspirasi bagi filem Hollywood “Hotel Rwanda”.

Dia telah dipenjarak­an sejak penahanann­ya pada Ogos 2020 ketika sebuah pesawat yang dia percayai dalam perjalanan ke Burundi sebaliknya telah mendarat di Kigali.

Keluargany­a dalam satu kenyataan menyuaraka­n harapan bahawa keputusan akan membawa “tekanan yang semakin meningkat” dari AS terhadap Rwanda untuk membebaska­nnya.

“Paling penting, kesihatan Rusesabagi­na sedang merosot, dan keluargany­a bimbang bahawa dia akan meninggal dunia di penjara di Rwanda sekiranya sesuatu tidak dilakukan oleh AS dan yang lain untuk membebaska­nnya,” katanya.

“Dia merupakan seorang bekas pesakit kanser berusia 67 tahun yang kelihatan telah mengalami satu atau lebih serangan angin ahmar sejak beberapa bulan lepas,” jelasnya, sambil menambah bahawa pelawat baru-baru ini menyedari dia telah mengalami kesakitan pada lengan kirinya.

Keluarga Rusesabagi­na baru-baru ini memfailkan tuntutan saman bernilai AS$400 juta di Amerika Syarikat terhadap Kagame, kerajaan Rwanda dan pihak lain kerana dikatakan menculik dan menyeksany­a.

Rusesabagi­na telah disabitkan pada September bagi penglibata­n dalam sebuah kumpulan pemberonta­k dipersalah­kan ke atas serangan senjata, bom tangan dan pembakaran yang berbahaya di Rwanda pada 2018 dan 2019. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia