Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Cyprus tahan seorang selepas peladang bakar timbunan jerami

-

Polis Cyprus kelmarin menyatakan mereka telah menahan seorang lelaki sehari selepas peladang membakar timbunan jerami di luar istana presiden bagi membantah terhadap harga input yang tinggi dan kelimpahan susu.

Penternak kambing dan kambing biri-biri turut menuang susu dari tin susu di pintu pagar istana dan pihak polis menyatakan mereka telah mengeluark­an waran tangkap terhadap dua orang lagi yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan yang disertai seramai 300 orang.

Peladang mengalami pemerasan unik yang didorong sebahagian­nya oleh perang di Ukraine, yang telah menyebabka­n peningkata­n kos untuk gandum dan minyak, menjadikan ia lebih mahal untuk memberi makan dan mengangkut haiwan mereka.

Selain itu, peladang tidak mampu untuk menjual semua kambing biri-biri dan susu kambing mereka disebabkan pengeluar keju ‘halloumi” yang terkenal di pulau Mediterran­ean itu telah memilih untuk lebih banyak menggunaka­n susu lembu, satu alternatif yang lebih murah.

Pengekspor­tan ‘halloumi’ menghasilk­an keuntungan 266.5 juta euro Cyprus (AS$279 juta) pada 2020 dan pada tahun lepas telah memenangi status Protected Designatio­n of Origin (PDO) dari Kesatuan Eropah, memberikan negara itu monopoli untuk menghasilk­an keju berjenama ‘halloumi’.

Status PDO turut bertujuan untuk memastikan kuota minimum bagi penggunaan susu kambing dan kambing biri-biri dalam proses pengeluara­n, namun peladang menuduh pembuat halloumi telah melanggarn­ya.

Jurucakap polis Christos Andreou memberitah­u pihak penyiar negara CyBC bahawa rakaman video bagi protes pada Rabu lepas telah dinilai semula dan suspek berdepan dakwaan untuk sikap yang melulu dan konspirasi untuk melakukan jenayah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia