Utusan Borneo (Sarawak)

Emart adakan pelbagai promosi menarik sempena Gawai

-

Sempena sambutan Hari Gawai yang akan menjelang tiba, Pasar Raya Emart dan Emart Xpress akan mengadakan aktiviti penebusan barang eksklusif dan promosi harga rendah sehingga awal bulan Jun.

Untuk Gawai yang akan datang ini juga, Emart akan menawarkan mangkuk seramik yang eksklusif kepada Ahli Emart.

Terdapat empat warna mangkuk seramik ditawarkan iaitu warna merah jambu, merah, biru dan hijau.

Mulai 21 Mei 2022 juga, ahli Emart boleh mendapatka­n satu kupon dengan setiap pembelian RM120 ke atas dalam satu resit di Pasar Raya Emart atau Emart Xpress.

Kumpulkan lima kupon untuk menebus mangkuk seramik di kaunter khidmat pelanggan. Kuantiti terhad dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, para pelanggan juga dialu-alukan untuk membeli-belah di Pasar Raya Emart yangmenawa­rkankeleng­kapan penuh barangan sambutan Gawai yang boleh didapati dengan harga berpatutan seperti daging segar, sayur-sayuran, buahbuahan,biskut,makananrin­gan danminuman­untukperse­diaan sambutan Gawai.

Perabot DIY dan peralatan rumah juga disediakan untuk dekorasi rumah yang diperlukan.

Dalam pada itu, Emart telah merancang mengadakan tawaran hebat harian mulai 16 Mei 2022.

Jualan Satu Hari itu juga dijadual akan diadakan pada setiap hujung minggu supaya pelanggan boleh terus membeli-belah sebelum sambutan Gawai bermula.

Bagi cawangan Emart daerah Kuching, Samarahan dan Miri, Jualan Satu Hari akan diadakan pada 28 Mei dan 4 Jun.

Manakala bagi Emart Bintulu, Jualan Satu Hari akan diadakan pada 28 Mei dan 5 Jun manakala di Emart Batu Niah, 28 Mei.

Di samping itu, pembukaan cawangan baharu Emart akan dilancarka­n tidak lama lagi pada awal Jun 2022.

Ini merupakan cawangan Emart ke-13 yang terletak di salah satu kawasan meriah di Kuching, iaitu di King Centre.

Susulan itu juga, aktiviti dan promosi sambutan pembukaan akan diadakan di Emart King Centre.

Orang ramai boleh merujuk laman FB Emart Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut.

Jom membeli-belah dan berkumpul dengan Emart sempena Gawai ini dengan tema ‘Juh Berambeh di Emart OoooHaaa!!’

Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke laman fb Emart Malaysia melalui pautan http://www.facebook. com/EmartMY/.

Emart mengucapka­n ‘Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai’ kepada semua yang menyambut Hari Gawai.

 ?? ?? PELBAGAI PILIHAN: Para pelanggan Emart boleh membeli makanan ringan, sayur-sayuran dan buah-buahan segar dengan harga berpatutan untuk sambutan Hari Gawai yang akan datang.
PELBAGAI PILIHAN: Para pelanggan Emart boleh membeli makanan ringan, sayur-sayuran dan buah-buahan segar dengan harga berpatutan untuk sambutan Hari Gawai yang akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia