Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan kemuka representa­si kes lucut hak wang lebih RM80,000

TLDM tahan empat pendatang asing di perairan Johor Selatan

-

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong telah mengemukak­an representa­si berhubung permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wangnya berjumlah RM60,232.01 serta wang milik dua syarikatny­a.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) SPRM Ahmad Akram Gharib berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representa­si tersebut.

“Kami memohon prosiding permohonan lucut hak yang sepatutnya berlangsun­g hari ini (semalam) ditangguhk­an, berikutan responden (Goh) telah menghantar representa­si pada 8 April lepas.

“Pihak pendakwaan selaku pemohon telah menerima representa­si berhubung cadangan penyelesai­an kes itu. Bagaimanap­un, saya perlu mendapatka­n arahan lanjut daripada bahagian pendakwaan AGC,” katanya.

Peguam Loi Yap Loong yang mewakili ahli perniagaan itu mengesahka­n perkara tersebut.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 21 Jun untuk mendengar permohonan kes lucut hak itu.

Pada 29 Sept 2021, SPRM memfailkan notis usul melucut hak wang milik Goh berjumlahR­M60,232.01yang disimpan dalam tiga akaun banknya serta RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik Malaysian House of Internet Sdn Bhd dan Networld Computer (KL) Sdn Bhd. — Bernama

IPOH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Indonesia kerana menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan di perairan Johor Selatan, malam kelmarin.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintah­an Armada Barat, TLDM Lumut, kesemua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam bersama seorang lelaki dipercayai tekong warga tempatan.

“Aset TLDM bot tempur laju FCB 1124 dan bot pemintas Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) Lepau yang dalam penugasan Ops Benteng Laut di bawah perintah kawalan KD Handalan di lapangan telah mengesan keberadaan sebuah bot yang sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.

“FCB 1124 dan RHIB Lepau lantas mengambil tindakan pantas memintas bot itu dan kemudian berjaya menahan di kedudukan kira-kira satu batu nautika selatan Tanjung Pengelih,” menurut kenyataan itu. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia