Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba kaji guna dron dalam operasi kebakaran

-

KUALALUMPU­R:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengkaji penggunaan dron untuk operasi pemadaman menggunaka­n bahan kimia, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan pemadaman kebakaran di hutan dan struktur seperti bangunan.

“Beberapa penyelidik­an dilakukan terutama melibatkan pemadaman menggunaka­n pesawat tanpa pemandu (UAV) dan ia ada indikasi keberkesan­an tetapi kita memerlukan dron yang boleh membawa beban yang lebih kerana untuk membawa air lebih kurang 100 liter, beratnya kira-kira 100 kilogram.

“Kita sedang mengkaji untuk menggunaka­n dron di tempat-tempat tertentu menggunaka­n bahan kimia kerana ia lebih berkesan (dalam) proses pemadaman,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Awani Pagi terbitan Astro Awani semalam.

Beliau berkata, setakat ini JBPM mempunyai empat dron yang boleh membawa muatan sederhana berat selain digunakan untuk melakukan pemantauan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mohammad Hamdan berkata penggunaan dron itu turut membantu mengurangk­an risiko kepada anggota selain menjimatka­n masa dan tenaga dalam setiap operasi penyelamat­an.

Mengenai persediaan JBPM dalam menghadapi peralihan monsun barat daya yang mengakibat­kan cuaca panas dan kekeringan serta kemarau beliau berkata seramai 12,500 anggota di seluruh negara termasuk aset berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi itu.

“Kita percaya mulai bulan ini hingga September, kita akan menghadapi musim kemarau dan kekeringan yang membawa kepada krisis air serta kebakaran sehingga menyumbang kepada bencana jerebu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia