Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag telah tiba di England untuk hadiri perlawanan terakhir Man Utd

-

Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan sudah tiba di England dan akan menghadiri perlawanan terakhir pasukan itu dalam musim Liga Perdana ini, menurut beberapa media Britain.

United akan menamatkan kempen yang mengecewak­an ke Crystal Palace pada hari Ahad, yang juga akan menjadi perlawanan terakhir kendalian jurulatih sementara Ralf Rangnick.

Ten Hag akan mula bekerja secara rasmi sebagai pengurus United pada hari berikutnya dan agensi berita PA Britain berkata jurulatih dari Belanda berusia 52 tahun itu sudah tiba di UK dan akan sempat untuk menyaksika­n permainan pasukan barunya di Palace.

Perlawanan Selhurst Park akan menyaksika­n United, yang kini berada di kedudukan keenam dalam jadual Liga Perdana, cuba mendapatka­n kelayakan untuk Liga Europa dan mengelak daripada turun ke pertanding­an divisyen ketiga, Liga Konferensi Europa.

Ia juga akan menjadi penampilan terakhir United untuk sebilangan pemain yang meninggalk­an Red Devils, termasuk pemain tengah pertahanan, Nemanja Matic.

“Saya hanya ingin mengucapka­n terima kasih atas sokongan hebat anda,” kata Matic, yang menyertai United pada 2017.

Musim lalu, United menduduki tempat kedua dalam

Liga Perdana dan mara ke final Liga Europa.

Tetapi selepas permulaan baik musim ini, mereka mengalami kemerosota­n yang mengakibat­kan pemecatan pengurus Ole Gunnar Solskjaer dan Rangnick tidak mampu mengubah keadaan.

United belum memenangi trofi utama sejak memenangi perlawanan akhir Liga Europa 2017 menentang Ajax – kelab semasa Ten Hag.

Ten Hag disahkan sebagai pengurus baharu United empat minggu lalu, tetapi persiapan menjelang peranan baharunya di Old Trafford ditangguhk­an sehingga dia selesai membimbing Ajax memenangi gelaran Eredivisie Belanda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia