Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas

-

Tumpuan peminat sukan tanah air hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 di sini semalam.

Selepas mencatat keputusan membanggak­an pada hari ke-12 dengan meraih tujuh pingat emas, kontinjen negara memerlukan dua lagi kilauan emas bagi mencapai sasaran itu dan setakat ini, kem negara mengutip keseluruha­n 34 emas, 38 perak dan 73 gangsa untuk kekal di kedudukan keenam.

Acara karate dan menembak sebelum ini cemerlang menyumbang­kan pingat emas diharap dapat meneruskan momentun kemenangan selain beberapa acara final melibatkan atlet negara dijangka mampu mencipta kejutan bagi menghadiah­kan emas kepada kontinjen Malaysia.

Pada saingan kelmarin, skuad gimnastik dan memanah muncul pasukan paling cemerlang apabila masingmasi­ng menyumbang­kan dua pingat emas.

Skuad gimrama negara yang dianggap gergasi dalam sukan itu di rantau ini tidak berdepan masalah untuk menyapu bersih dua pingat emas yang dipertandi­ng dalam acara all-around individu menerusi Koi Sie Yan dan all-around berkumpula­n.

Penantian skuad memanah kebangsaan untuk menuai pingat emas pada temasya kali ini juga berakhir hari ini selepas gandingan Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh mendominas­i saingan final compound berpasukan campuran.

Sejurus menghadiah­kan kejayaan bermakna buat kem negara, Mohd Juwaidi yang juga atlet Olimpik menggondol emas keduanya di temasya sukan dwitahunan itu dalam acara compound individu lelaki.

Di lapang sasar menembak, Johnathan Wong kembali merampas pingat emas acara 10 meter (m) air pistol lelaki selepas gagal berbuat demikian pada edisi 2019 di

Filipina.

Sementara itu, jaguh karate negara R. Sharmendra­n mencipta sejarah tersendiri apabila melakar hatrik memenangi emas kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg) manakala atlet taekwondo Muhammad Syafiq Zuber pula cemerlang apabila menjuarai acara kyorugi welterweig­ht (80kg).

Selepas berakhir hari ke12, tuan rumah Vietnam kekal di kedudukan teratas dalam carta pungutan pingat apabila mengumpul 153 emas, 89 perak dan 84 gangsa diikuti Thailand 62-68-96, Singapura 44-43-55, Indonesia 42-61-56 dan Filipina di tempat kelima dengan 4057-79. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Atlet gimrama negara bergambar bersama pingat-pingat yang dimenangi mereka pada Sukan SEA ke-31 di Kompleks Sukan Quan Ngua, kelmarin.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Atlet gimrama negara bergambar bersama pingat-pingat yang dimenangi mereka pada Sukan SEA ke-31 di Kompleks Sukan Quan Ngua, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia