Utusan Borneo (Sarawak)

Harimau Muda buktikan keberanian Skuad bola sepak B-23 negara berjuang habis-habisan sebelum dikecewaka­n Vietnam pada aksi separuh akhir

-

HANOI: Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) Brad Maloney bangga dengan anak-anak buahnya yang tidak gentar berjuang habis-habisan walaupun tewas ke atas juara bertahan Vietnam pada aksi separuh akhir temasya Sukan SEA ke-31 di Stadium Viet Tri, wilayah Phu Tho malam kelmarin.

Maloney berkata, pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.

“Pertama sekali saya amat berbangga dengan pemainpema­in saya, mereka bekerja keras, bermain dengan hati dan memberikan segala apa yang mereka ada.

“Seperti yang kita sedia maklum, kami mempunyai masa kurang sehari untuk pemulihan dan perjalanan antara perlawanan ini dengan sebelumnya.

“Jadi untuk pemain turun dan bermain selama 120 minit menentang pasukan terbaik

“Ia sukar untuk diterima tetapi pada sama kami faham Vietnam adalah pasukan terbaik dalam ” perlawanan ini. Brad Maloney Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23)

dalam perlawanan ini dan hanya terlepas satu gol...saya sangat berbangga dengan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan tersebut malam kelmarin.

Malaysia tewas 0-1 dalam aksi itu dengan penyerang Nguyen Tien Linh menjadi wira Vietnam selepas menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke111 sekali gus melayakkan mereka mara ke final.

Maloney berkata walaupun berdepan dengan kepantasan dan keagresifa­n dipamerkan

Vietnam selama 120 minit, anak buahnya tidak tunduk kepada tekanan dan berputus asa.

Beliau berkata tersingkir daripada pertanding­an selepas gawang dibolosi pada penghujung perlawanan adalah sesuatu yang amat mendukacit­akan.

“Ia sukar untuk diterima tetapi pada sama kami faham Vietnam adalah pasukan terbaik dalam perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, Maloney mengakui aksi malam tadi menjadi lebih sukar apabila beberapa pemain mengalami kecederaan dengan pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar yang beraksi cemerlang sepanjang permainan terpaksa dikeluarka­n.

Kekalahan itu menyaksika­n Malaysia akan bertemu Indonesia yang tewas kepada Thailand pada satu lagi aksi separuh akhir, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa berlangsun­g di Stadium Nasional My Dinh di sini, Ahad ini (esok). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia