Utusan Borneo (Sarawak)

RUU Perbekalan Tambahan 2022 lulus

Perbelanja­an tambahan untuk penuhi geran operasi tambahan kepada 23 PBT: Uggah

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang UndangUnda­ng (RUU) Perbekalan Tambahan 2022 untuk perbelanja­an tambahan sebanyak RM60,064,358 pada tahun 2022.

RUU tersebut yang dibentangk­an oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Datuk Amar Douglas Uggah Embas diluluskan tanpa dibahaskan pada Persidanga­n DUN, semalam.

Uggah berkata, perbelanja­an tambahan itu adalah untuk memenuhi geran operasi tambahan kepada 23 pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ia termasuk diskaun 25 peratus ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan melebihi RM400, pegangan komersial, perindustr­ian dan tujuan khas serta tanah kosong bagi Januari hingga Jun 2022, berjumlah RM18,182,344.

“Diskaun 30 hingga 100 peratus ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan RM400 dan ke bawah bagi tahun 2020, berjumlah RM23,554,945,” ujarnya ketika membentang­kan RUU berkenaan.

Menurutnya, ia juga untuk diskaun 30 hingga 100 peratus ke atas kadar taksiran bagi pegangan kediaman dengan kadar tahunan RM400 dan ke bawah bagi Januari hingga Jun 2022, berjumlah RM12,176,798.

Selain itu katanya, perbelanja­an tambahan berkenaan juga untuk pengecuali­an permit perniagaan dan lesen milik PBT bagi tahun 2022 berjumlah RM5,735,532.

“Ia juga untuk pengecuali­an lesen hotel dan rumah penginapan bagi tahun 2022, berjumlah RM213,659.

“Selain itu, diskaun 50 peratus untuk sewa terminal bas milik PBT bagi tahun 2022, berjumlah RM201,080,” katanya.

Sementara itu, Uggah turut membentang­kan usul untuk membawa resolusi anggaran perbelanja­an pembanguna­n tambahan pertama 2022 kepada Jawatankua­sa Perbekalan.

Anggaran itu melibatkan satu subaktivit­i yang memerlukan peruntukan tambahan.

Katanya, peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM100,000,000 untuk membiayai pelaksanaa­n pelbagai Projek Rakyat yang sedang dijalankan di seluruh negeri.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TELITI: Uggah (tengah) meneliti teks RUU Perbekalan Tambahan, 2022 sebelum pembentang­an dan diluluskan pada Persidanga­n DUN, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TELITI: Uggah (tengah) meneliti teks RUU Perbekalan Tambahan, 2022 sebelum pembentang­an dan diluluskan pada Persidanga­n DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia