Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan: Nancy

-

Syarikat korporat dan swasta perlu diberi penekanan dalam memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini kerana peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38 peratus.

“Dalam korporat belum tercapai, ia bukan dalam kawalan kami cuma kami terus beri advokasi sebab itu kami bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan untuk pastikan desakan kita dirasai oleh sektor korporat dan mereka akan cuba untuk pastikan mereka melakukann­ya.

“Ia lebih kepada peluang kepada golongan wanita kerana kita ada bank cv (vitae kurikulum) daripada WLF (Yayasan Kepimpinan Wanita) dan kalau mereka rasa sukar mencari serta dapatkan wanita, dapatkan cv di situ untuk melihat data wanita di Malaysia yang mempunyai kelayakan diperlukan badan korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘Breakfast Conversati­ons with Datuk Seri Nancy Shukri’ di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi WLF Datuk Dr Hafsah Hashim berkata pada tahun lepas, syarikat tersenarai awam hanya mencapai 22 peratus golongan wanita dalam peringkat pembuat dasar.

Justeru, beliau mencadangk­an sasaran 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dapat dijadikan dasar bagi memastikan­nya tercapai sekali gus memberi pulangan yang baik kepada negara.

“Saya percaya kalau ia dijadikan dasar oleh kerajaan kita akan bergerak pantas untuk mendapatka­n 30 peratus itu dan kalau boleh kita nak lebih lagi.

“Ini kerana berbagai kajian termasuk PwC dan Bursa menunjukka­n kalau meletakkan wanita sebagai ahli lembaga pengarah maka dari konteks keuntungan syarikat, pulangan daripada pelaburan, pulangan ekuiti semua akan meningkat, jadi kita bukan suka-suka cakap,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Nancy (kiri) pada sidang media selepas program ‘Breakfast Conversati­ons with Datuk Seri Nancy Shukri’ di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Hafsah.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Nancy (kiri) pada sidang media selepas program ‘Breakfast Conversati­ons with Datuk Seri Nancy Shukri’ di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Hafsah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia